resipi apam lenggang

Kalau cari resipi apam lenggang yang mudah, lembut dan gebu, ini memang antara kuih kampung yang tak pernah mengecewakan. Bau wangi bila dimasak atas kuali panas memang buat satu rumah rasa lapar!

Resipi apam lenggang yang dikongsikan oleh Fidayah Fairul ini mengikut cara orang dulu-dulu kerana dipelajari daripada ibunya. Ia menggunakan bahan asas sahaja, tetapi hasilnya tetap sedap. Tak perlu teknik yang rumit, cuma perlu tahu konsistensi adunan yang betul.

Apam lenggang ini sering jadi menu nostalgia yang dibuat oleh mak atau nenek di kampung, dan biasanya dimakan panas-panas waktu petang atau sarapan pagi. Lagi sedap kalau dicicah dengan sambal ikan bilis pedas.

Baca juga: Resipi Karipap Pusing Berlapis Cantik & Kekal Rangup Sampai Ke Petang, Sekali Buat Terus Jadi!

RESIPI APAM LENGGANG

resipi apam lenggang

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula (boleh ikut tahap manis disukai)
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air (boleh tambah jika adunan terlalu pekat)
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu teh yis
  • Sedikit garam

Nota: Jika mahu buat lebih banyak, boleh gandakan semua bahan.

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas besar kecuali santan (jika ikut tip malam sebelum).
  2. Gaul semua bahan hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Konsistensi sederhana sahaja.
  3. Rehatkan adunan selama 1 hingga 2 jam sehingga ia naik dan berbuih.
  4. Jika mahu lebih sedap dan gebu, boleh bancuh awal tanpa santan pada malam hari. Santan dimasukkan pada pagi sebelum memasak.
  5. Panaskan kuali non-stick. Tidak perlu letak minyak jika kuali elok.
  6. Tuang adunan dan lenggang seperti membuat lempeng.
  7. Bila bahagian bawah sudah garing dan masak, boleh lipat atau gulung, kemudian angkat.
  8. Tutup kuali semasa memasak untuk mempercepatkan proses masak dan hasil lebih gebu.

Sumber: Fidayah Fairul

Baca juga: Resepi Cakoi Gebu, Lembut & Ringan, Juadah Petang Yang Simple Dan Berbaloi Cuba

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN