resepi cakoi lembut

Dalam banyak-banyak kudapan yang ada, ramai yang sukakan resepi Cakoi lembut dan gebu. Apabila cicah dengan sos pandan, semakin bertambah nikmatnya.

Cakoi ialah kuih goreng popular di Malaysia, Singapura, Thailand, China dan beberapa negara Asia lain. Ia berbentuk panjang, dibuat daripada dua jalur doh yang dicantumkan kemudian digoreng hingga kembang dan keemasan.

Dalam resepi Cakoi lembut yang dikongsikan oleh Ila Lala di Facebook, anda akan dapat hasil yang lembut di luar, sedikit kenyal di dalam dan kekal sedap walaupun sudah sejuk. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Bebola Nugget Ayam Homemade Rangup, Mudah Buat Dan Confirm Anak-Anak Suka!

RESEPI CAKOI LEMBUT

resepi cakoi lembut

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air suam. (jangan terlalu panas)
  • 1½ sudu teh yis
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh sodium bikarbonat
  • 2½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan minyak

Cara-cara buat:

  1. Sediakan air yis, masukkan yis dan gula dalam air suam, biarkan 10 minit sampai berbuih.
  2. Masukkan garam, sodium bikarbonat dalam tepung dan air yis.
  3. Uli sebati. Masukkan minyak.
  4. Uli rata. Rehatkan 1 jam.
  5. Selepas 1 jam, canai, potong empat segi panjang. Basah kan lidi atau chopstik. Tekan tengah doh. Tindih dua doh yang sudah dipotong empat segi.
  6. Taburkan tepung sebelum dan semasa mencanai supaya doh tak melekat.
  7. Goreng dengan minyak panas. Tarik sedikit doh sebelum masukkan dalam kuali. Goreng sehingga garing.

Selamat mencuba!

Sumber: Ila Lala

Baca juga: Resepi Apple Pie Guna Pastri Segera, 10 Minit Siap Dengan Rangup Dan Wangi Satu Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN