Categories: Resepi

4 Resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru Yang Korang Boleh Cuba, Anak-anak Mesti Suka!

Aiskrim Malaysia merupakan satu produk makanan yang enak dimakan, murah dan mudah disediakan. Cuaca panas di Malaysia sepanjang tahun membolehkan aiskrim sesuai dimakan sepanjang tahun.

Makanan aiskrim ini amat banyak dijual terutama kepada murid-murid di sekolah khususnya sekolah rendah. Terdapat berbagai perisa, warna dan kreativiti aiskrim Malaysia ini daripada perisa biasa kepada perisa buah-buahan, agar-agar, kacang hijau dan sebagainya.

Terdapat banyak jenis aiskrim lain bertaraf komersil yang dikeluarkan oleh syarikat antaabangsa dan tempatan dan dijual dipasaraya.

Ini Min kongsikan 4 resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru yang korang boleh cuba.


RESIPI AISKRIM MILO

Bahan-Bahan :

  • Air
  • Milo
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Coklat tabur

Cara-caranya: 

1. Masak air, buat air milo mcm biasa tapi letak susu cair dan susu pekat.

2. Siap air milo sejukkan dan tuang dlm plastik bersama coklat tabur.

Baca juga: Resipi Aiskrim Soda Sakura, Kombinasi Yang Masam-Masam Manis


RESIPI AISKRIM JAGUNG CINCAU

Bahan-Bahan :

  • Air
  • Sirap jagung
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Garam sedikit
  • Cincau

Cara-cara: 

Bancuh air jagung macam biasa, letak secubit garam untuk 1 balang air, bila sejuk letak air dalam plastik dan letak cincau.


RESIPI AISKRIM SUSU STRAWBERI

Bahan-Bahan:

  • Air
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Strawberi segar

Cara-cara:

Buat air susu mcm biasa biasa, setelah sejuk letak stoberi potong. Sejukkan


RESIPI AISKRIM LEMON SUSU SERBUK COKLAT 

Bahan-bahan:

  • Air
  • Susu segar
  • Susu pekat
  • Lemon
  • Sebuk coklat

Cara-cara:

Buat air susu macam biasa, perah lemon sedikit, sejukkan dan letak dalam plastik dan letak serbuk coklat.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

1 day ago

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…

1 day ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

1 day ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

1 day ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

1 day ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

1 day ago