
Kalau mencari idea wrap ayam mini yang mudah, sedap dan nampak menarik, resipi ini memang boleh dicuba. Gabungan kepingan wrap yang disalai sekejap, ayam goreng rangup, salad segar serta sos kegemaran menghasilkan hidangan kecil yang sesuai dimakan sekali ngap.
Selain mudah disediakan, wrap ayam ini juga sesuai dijadikan menu finger food untuk pelbagai acara seperti potluck, jamuan sekolah, hidangan pejabat atau majlis keluarga. Saiznya yang kecil membuatkan ia senang diambil dan tidak mudah bersepah ketika dimakan.
Menariknya, resipi ini tidak memerlukan banyak bahan atau masa yang lama untuk disiapkan. Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh hasilkan wrap mini yang nampak cantik dan menyelerakan untuk dinikmati bersama keluarga atau tetamu.
Baca juga: Tak Payah Beli Dah, Ini Cara Buat Serbuk Perasa Cendawan Homemade Guna 3 Bahan!
RESEPI WRAP AYAM MINI

Bahan-bahan:
- 1 keping wrap
- Isi ayam goreng tepung (boleh guna popcorn chicken atau nugget ayam)
- Daun salad secukupnya
- Mayonis secukupnya
- Sos cili secukupnya
- Minyak untuk menggoreng ayam
Cara-cara penyediaan:
- Ambil sekeping wrap dan potong kepada 4 bahagian berbentuk segi tiga. Saiz kecil ini akan menjadikan wrap lebih mudah dihidangkan sebagai finger food.
- Hidupkan api dapur pada tahap paling kecil. Letakkan kepingan wrap sekejap di atas api sehingga sedikit garing dan naik bau. Langkah ini membantu memberikan rasa yang lebih sedap serta tekstur lebih menarik pada wrap.
- Goreng isi ayam sehingga masak, rangup dan berwarna keemasan. Kemudian, angkat dan toskan minyak berlebihan.
- Letakkan daun salad di atas kepingan wrap yang telah disalai. Kemudian, susun ketulan ayam goreng di atasnya.
- Picitkan sos cili dan mayonis mengikut citarasa. Boleh tambah lebih atau kurang mengikut kesukaan masing-masing.
- Wrap ayam mini siap dihidangkan. Lagi sedap jika dinikmati ketika masih segar dan ayam masih rangup.
Wrap ayam mini ini memang sesuai disediakan untuk jamuan kerana saiznya kecil, mudah dihidang dan nampak lebih menarik apabila disusun dalam talam atau bekas hidangan.
Untuk majlis yang melibatkan ramai tetamu, anda boleh sediakan dalam kuantiti lebih banyak kerana bahan-bahannya ringkas dan proses penyediaannya juga cepat. Susunan wrap bersama warna hijau salad dan sos yang menarik pasti buat hidangan nampak lebih menyelerakan.
Selain untuk jamuan, resipi ini juga boleh dijadikan idea bekal anak ke sekolah atau kudapan ringkas ketika berkumpul bersama keluarga.
Sumber: Shafieyda Rosly
Baca juga: Resipi Watermelon Swiss Roll Cantik Bergulung & Gebu Gabas, Memang Cantik Bila Dipotong!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














