
Kuih tradisional yang manis dan wangi memang selalu menjadi kegemaran ramai. Salah satunya adalah wajik pulut, yang dibuat daripada pulut kukus disaluti santan dan gula melaka.
Kuih ini bukan sahaja sedap, tetapi juga sesuai dijadikan pencuci mulut untuk jamuan atau pada bila-bila masa. Dengan sedikit tip mudah, anda boleh hasilkan wajik pulut yang pekat, melekat dan berkilat sempurna.
Baca juga: Resipi Kuih Ketayap Inti Kelapa Pink Yang Nostalgia, Kulit Lembut Dan Cantik Berongga
RESEPI WAJIK PULUT

Bahan-bahan:
- 1 kg beras pulut (cuci bersih dan kukus hingga masak)
- 1 kg santan pekat
- 6 keping gula melaka bulat
- Garam dan gula secukup rasa (untuk menaikkan rasa lemak santan)
Cara memasak:
- Satukan gula melaka dengan santan dalam periuk. Kacau hingga gula larut.
- Masak santan dan gula hingga mendidih dan pekat sedikit.
- Masukkan pulut yang telah dikukus tadi ke dalam periuk santan.
- Kacau perlahan-lahan sehingga pulut berpisah antara satu sama lain.
- Teruskan memasak hingga pulut pekat dan melekat elok. Pulut akan kelihatan berkilat dan tidak berketul.
- Tutup api dan pindahkan wajik ke dalam bekas untuk sejuk dan hidang.
Tips:
- Untuk wajik lebih wangi, boleh tambah daun pandan ketika memasak santan.
- Pastikan kacau perlahan supaya pulut tidak hancur.
Sesuai dijadikan kuih untuk jamuan, hadiah atau menu juadah tradisional.
Sumber: Nor Hanis Othman
Baca juga: Resipi Kuih Koci Tanpa Santan Cara Orang Lama, Senang Dimakan & Tak Cepat Basi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














