resepi vadai

Resepi vadai ini salah satu cara yang mudah untuk dicuba. Memang sangat sedap jika dimakan sewaktu masih panas.

Kuih ini juga antara makanan tradisi masyarakat India yang digemari oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ketika sedang menggoreng, baunya akan harum semerbak sehingga ke rumah jiran sebelah! 

Jika ada yang mahu mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Eita Emi di bawah.

Baca juga: Cendawan Enoki Goreng Rangup, Makan Petang-Petang Memang Layan

RESEPI VADAI SEDAP DAN HARUM

resepi vadai

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kacang dhal – beli anggaran RM1.50
  • 1 biji bawang merah – potong dadu
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 2-3 tangkai cili kering – potong kecil
  • 3 tangkai daun kari – potong kecil
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-cara penyediaannya:

  1. Bersihkan kacang dhal dan rendam selama 3 jam.
  2. Ambil segenggam kacang dhal dan ketepikan. Selebihnya, kisar dengan sedikit air hingga hancur.
  3. Toskan airnya kemudian bolehlah digaul bersama bahan-bahan lain (bawang merah, jintan, cili kering, daun kari dan kacang dhal yang diasingkan tadi).
  4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
  5. Biarkan adunan selama 1 jam.
  6. Panaskan minyak dan goreng adunan vadai tadi hingga garing dan kekuningan.
  7. Angkat, toskan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi dan gambar: Facebook EiTa EMi

Baca juga: Rempeyek Kacang Tanah, Resipi Tanpa Guna Air Kapur Tapi Tetap Rangup Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN