resepi ubi kayu sira

Kebetulan hari ini dapat banyak ubi kayu daripada jiran yang pemurah, tak fikir panjang terus cari resepi Ubi Kayu Sira yang sedap dan mudah dibuat.

Ubi Kayu Sira juga dikenali sebagai pengat ubi kayu iaitu sejenis masakan berkuah manis yang menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama yang dimasak.

Tak lain dan tak bukan, Ubi Kayu Sira merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia terutama di negeri bahagian pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Baca juga: Resepi Som Som Sagu Gula Melaka, Lembut Bergedik Dan Cukup Manis

Buat yang lahir di kampung, pasti teringat nostalgia lama ketika melihat ibu atau nenek buat Ubi Kayu Sira ini di dapur semasa anda masih kecil lagi.

Orang dulu-dulu selalu makan ubi kayu bersama gula Melaka. Oleh sebab mereka nak jadikan hidangan nampak lebih menarik, maka terciptalah resepi Ubi Kayu Sira Gula Melaka.

Sue Suria telah sudi kongsikan resepi yang cukup menarik di Facebook sampai membuatkan sesiapa saja pasti terliur apabila melihatnya. Jom kita cuba!

RESEPI UBI KAYU SIRA GULA MELAKA

resepi ubi kayu sira

Bahan-bahan:

  • Ubi kayu
  • Gula Melaka (saya guna gula nisan)
  • Garam
  • Daun pandan

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus ubi kayu sehingga empuk dan toskan. Jangan buang air rebusan.

2. Selepas itu, ambil sedikit air rebusan tadi dan masak dengan daun pandan bersama gula Melaka sehingga pekat.

3. Akhir sekali, masukkan ubi yang sudah direbus tadi dan gaulkan rata. Siap untuk dinikmati!

resepi ubi kayu sira

Jika anda nakkan hidangan ringkas yang menarik sebagai minum petang, bolehlah tambahkan resepi Ubi Kayu Sira Gula Melaka ini dalam menu nanti.

Ubi Kayu Sira Gula Melaka biasanya agak tahan lama kerana kuahnya yang manis bertindak sebagai bahan pengawet.

Jika tak habis dimakan, anda dinasihatkan untuk terus simpan dalam peti sejuk supaya dapat mengelakkan rasa manisnya menarik perhatian banyak serangga seperti semut dan lipas.

Selamat mencuba!

Sumber: Sue Suria

Baca juga: Resepi Bengkang Ubi Kayu, Ini Rahsia Dapat Hasil Yang Lembut Manja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN