Resepi tomyam ala Thai ini memang sesuai untuk makan malam yang ringkas. Ia adalah hidangan yang memang terkenal dalam masakan Thai.
Dengan rasa pedas, masam, dan aroma herba yang menyegarkan, tak hairanlah kenapa ramai yang suka! Rasa kuahnya yang pekat pasti dapat memikat hati sesiapa sahaja.
Jadi, bagi sesiapa yang ingin menikmati hidangan ini, jom kita masak tomyam ala siam menggunakan resipi di bawah ini. Dijamin, setiap suapan akan memuaskan selera!
Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!
RESEPI TOMYAM THAI
Bahan-bahan tumis:
- 2 batang serai, dihiris serong memanjang dan diketuk
- 3 tangkai cili padi
- 1 biji tomato, dibelah empat
- 3 helai daun limau purut
- Serumpun batang daun sup (seharusnya menggunakan daun ketumbar untuk rasa yang lebih autentik)
- 3 ulas bawang putih, diketuk
- 1/2 biji bawang holland, dihiris memanjang
- 1 inci halia, diketuk
- 2 hiris lengkuas
Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan bahan potong yang lain.
3. Setelah semua bahan mulai mengeluarkan aroma, masukkan potongan ayam terlebih dahulu. Biarkan minyak ayam keluar untuk menambah rasa.
4. Masukkan 2 1/2 sudu besar pes tomyam. Untuk pes, gunakan jenama pilihan anda; tidak terhad kepada satu jenama sahaja.
5. Tutup periuk dengan tudung untuk seketika. Biarkan pes pecah minyak sebelum menambah air.
6. Masukkan 3 cawan air (600 ml) dan kacau rata.
7. Tambahkan 1/2 sudip cili sos Life dan 1 hiris perahan asam limau nipis.
8. Masukkan bahan perasa:
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- Secubit serbuk perasa
- Secubit serbuk lada putih
Kuantiti bahan perasa boleh disesuaikan mengikut citarasa sendiri. Anda juga boleh memilih untuk tidak menambah gula jika tidak mahu. Saya suka semua rasa yang seimbang.
9. Jika anda ingin menambah sedikit krim berlemak, masukkan 1 sudu besar susu cair.
10. Setelah kuah mula mendidih, masukkan sotong yang telah dikelar dan udang.
11. Biarkan selama 2 minit sebelum mematikan api. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Afy AL Habibi
Baca juga: Cara Buat Sambal Belacan Tomyam Padu, Resipi Ori Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!