Categories: Resipi

Resipi Tomyam Sardin, Hirup Kuah Rasa ‘Kick’ Sampai Ke Tekak!

Kadang-kadang, bila perut lapar tapi malas nak masak lauk berat, tomyam sardin boleh jadi penyelamat. Bahan pun senang, tak perlu keluar rumah pun kalau dah ada sardin dalam tin.

Resipi ini juga memang sesuai jika tekak teringin nak makan sesuatu yang panas, masam dan pedas. Kuah masakan ini ada rasa ‘kick’ yang buat kita hirup sampai licin mangkuk!

Kalau dah biasa makan tomyam ayam atau seafood, apa kata kali ini cuba versi bajet tapi tetap padu.

Baca juga: Resipi Tomyam Campur Ala Kedai Siam, Ini Tip Pedas & Pekat Semua Cukup Rasa

RESEPI TOMYAM SARDIN

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin
  • Pes tomyam (secukupnya)
  • 1 ikat serai
  • Cili (ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Halia (diketuk)
  • Lengkuas (diketuk)
  • Jagung kecil (baby corn)
  • Limau kasturi
  • Daun limau purut
  • Tomato ceri (atau tomato kecil)

Cara-cara:

  1. Tumbuk kasar serai, halia dan lengkuas. Rebus bersama sedikit air hingga naik bau.
  2. Masukkan cili, daun limau purut, jagung kecil dan tomato.
  3. Perah limau kasturi dan masukkan jusnya ke dalam rebusan.
  4. Kemudian, masukkan pes tomyam dan sardin.
  5. Biarkan ia mendidih seketika.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan gaul sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Sumber resipi dan gambar: Linda Matori

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Tomyam, Sekali Hirup Kuahnya Boleh Kecur Air Liur

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago