resepi tofu

Kalau dah bosan masak menu sama menggunakan tofu telur, kali ini bolehlah cuba resepi tofu goreng pedas yang ringkas dan mudah disediakan.

Tofu digoreng terlebih dahulu sebelum digaulkan dengan sos pedas manis. Jadi, tofu tak lembik dan tak hancur bila dihidangkan.

Resipi ini juga boleh disediakan dalam masa yang singkat, tapi hasilnya memang sedap dan memuaskan hati. Sesuai dijadikan lauk makan tengah hari yang ringkas.

Baca juga: Cara Buat Egg Tofu Homemade Guna 2 Bahan, Teksturnya Lembut & Licin Elok!

RESEPI TOFU TELUR GORENG PEDAS

resepi tofu

Bahan-bahan:

  • 3-4 pek tofu telur
  • Tepung goreng segera pedas (secukupnya)
  • 1 sudu pes bawang putih (atau bawang putih cincang kasar)
  • 2-3 batang daun bawang
  • 1 sudu besar chili flakes
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/4 sudu kecil stok ayam

Cara-cara penyediaan:

  1. Hiris daun bawang dan asingkan bahagian batang putih kerana ia akan digunakan untuk menumis.
  2. Hiris tofu secara bulat mengikut ketebalan yang diinginkan.
  3. Sediakan tepung goreng segera pedas dengan menyediakan satu mangkuk tepung kering dan satu mangkuk tepung yang dibancuh bersama air.
  4. Celup tofu ke dalam bancuhan tepung cair, kemudian salutkan dengan tepung kering. Ulang langkah ini sehingga semua tofu habis disalut.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Minyak tidak perlu terlalu banyak.
  6. Goreng tofu sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  7. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih bersama daun bawang bahagian putih dan chili flakes sehingga wangi.
  8. Masukkan sos tiram, gula, kicap manis, kicap masin dan stok ayam. Tidak perlu menambah garam kerana bahan sos sudah mencukupi rasa masinnya. Kacau sehingga sebati.
  9. Masukkan tofu goreng dan sebahagian daun bawang, kemudian gaul sehingga semua bahan sebati. Tinggalkan sedikit daun bawang untuk hiasan.
  10. Hidangkan tofu goreng pedas ke dalam pinggan dan taburkan baki daun bawang sebelum dihidangkan.

Sumber: Wan N Wan M

Baca juga: Resepi Sup Tofu Telur Siap Dalam 10 Minit, Kuah Pekat Likat Sampai Jilat Sudu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN