Categories: Resipi

Resipi Terung Goreng Rangup Telur Masin, Yang Tak Suka Sayur Pun Makan Sampai Licin!

Kalau dah tak tahu nak masak apa guna terung, apa kata cuba resepi terung goreng rangup telur masin yang lain daripada biasa ini. Gabungan terung rangup dengan rasa lemak telur masin memang buatkan siapa pun terliur!

Sebenarnya, terung ini antara sayur yang banyak orang “lari” bila nampak atas meja, terutamanya budak-budak. Tapi bila dah digoreng rangup dan disalut dengan telur masin, terus berubah jadi lauk kegemaran satu keluarga!

Baca juga: Resipi Terung Berlada Style Kampung, Orang Tak Suka Sayur Pun Boleh Jatuh Cinta!

RESEPI TERUNG GORENG RANGUP TELUR MASIN

Bahan-bahan:

  • 6 biji terung – hiris memanjang (macam jejari)
  • 5 biji kuning telur masin
  • 110g mentega
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 10 tangkai cili padi merah (boleh kurangkan ikut tahap pedas)
  • Daun kari secukupnya
  • 1 biji putih telur
  • Garam, serbuk pati ayam & lada sulah secukup rasa
  • Tepung jagung secukupnya

Cara memasak:

  1. Hiris terung memanjang, kemudian gaulkan dengan putih telur, sedikit garam, lada sulah, serbuk pati ayam, dan tepung jagung hingga sebati.
  2. Panaskan minyak dan goreng terung hingga keperangan serta rangup. Angkat dan toskan minyak.
  3. Lecek kuning telur masin hingga hancur halus.
  4. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang putih cincang hingga naik bau, kemudian masukkan daun kari dan cili padi merah.
  5. Tambahkan kuning telur masin yang telah dilecek tadi, kacau cepat sehingga berbuih dan sebati.
  6. Masukkan terung yang telah digoreng, gaul hingga semua terung disalut sempurna dengan telur masin. Perasakan dengan sedikit garam, serbuk ayam dan lada putih.
  7. Hidangkan panas-panas. Memang rangup, wangi dan lemak berkrim.

Sumber: Nur Allyssia

Baca juga: Resipi Terung Bakar Bersantan, Rasa Lemak Berkrim Jadi Igauan Keluarga

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

18 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

19 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

19 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

20 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

20 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

21 hours ago