Menu kampung memang legend. Bukan saja sedap, ia mudah dan cepat untuk dimasak. Salah satu resipi yang digemari ramai adalah resepi terung bulat goreng berlada.
Campur pula dengan ikan bilis memang woww! Nak lagi sedap, ikan bilis digoreng terlebih dahulu supaya lebih rangup. Kemudian barulah dicampur ke dalam bahan yang sudah ditumis.
Resipi oleh Nurul Hawa Nadila Sari di bawah ini memang berbaloi untuk dicuba! Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Terung Bakar Santan Yang Mudah & Sedap, Aromanya Pasti Memikat!
1. Cuci ikan bilis. Boleh goreng terlebih dahulu atau goreng kemudian.
2. Tumbuk halus atau kisar separuh hancur cili akar, cili besar, bawang merah dan bawang putih.
3. Kemudian, tumis bahan yang ditumbuk halus sehingga wangi.
4. Masukkan ikan bilis dan asam keping. Kacau rata.
5. Seterusnya, masukkan terung.
6. Masak mengikut kematangan terung yang anda sukai.
7. Akhir sekali, letakkan perasa secukupnya. Selamat mencuba!
Kredit: Nurul Hawa Nadila Sari
Baca juga: Terung Masak Cili Chinese Style, Makan Ratah Macam Tu Pun Sedap
Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…
Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…
Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…
Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…
Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…
Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…