tempe popcorn

Tempe boleh diolah menjadi pelbagai hidangan yang menarik. Kali ini, MyResipi nak kongsikan cara buat tempe popcorn yang rangup dan sesuai dijadikan sebagai kudapan harian.

Dengan teknik yang betul, tempe popcorn boleh tahan lama dan kekal rangup seperti kerepek. Malah, ia juga boleh dipelbagaikan dengan perisa tabur mengikut cita rasa masing-masing.

Resipi ini sangat mudah disediakan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Ia hanya menggunakan bahan-bahan ringkas yang boleh didapati di rumah. Mudah kan? Jom cuba!

Baca juga: Resipi Tempe Goreng Berempah Rangup, Cicah Sambal Kicap Memang Wow!

CARA BUAT TEMPE POPCORN RANGUP

tempe popcorn

Bahan-bahan:

  • 1/2 papan tempe
  • Tepung goreng serbaguna
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Serbuk perisa keju secukupnya (mengikut cita rasa)

Cara-cara memasak:

  1. Hancurkan tempe menggunakan tangan sahaja dan jangan terlalu halus.
  2. Masukkan tempe yang telah dihancurkan ke dalam tepung goreng serbaguna, gaul sehingga bersalut rata.
  3. Panaskan minyak, kemudian goreng tempe sehingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan minyak.
  4. Taburkan serbuk perisa keju supaya lebih sedap dan menarik. Langkah ini boleh diabaikan atau disesuaikan mengikut selera masing-masing.
  5. Simpan tempe dalam bekas bertutup rapat agar lebih tahan lama dan kekal rangup.

Sumber resipi dan gambar: Cari Makan

Baca juga: Kena Rendam Dulu, Baru Tempe Jadi Garing Di Luar & Lembut Di Dalam

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN