resepi telur rebus

Biasanya orang selalu buat udang atau ayam kam heong, tapi kali ini jom cuba resepi telur rebus kam heong. Cara penyediaannya sangat ringkas, tetapi hasilnya pasti memuaskan sesiapa saja yang menikmatinya.

Siapa sangka, telur rebus yang biasa pun boleh diubah menjadi hidangan yang lebih istimewa. Gabungan rempah wangi, kicap, sos tiram dan daun kari menjadikan hidangan ini pedas manis dan sedap dimakan bersama nasi panas.

Baca juga: Resipi Lala Masak Kam Heong Ala Restoran Cina, Guna Bahan Mudah Je!

RESEPI TELUR REBUS KAM HEONG

resepi telur rebus

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2 sdb udang kering (rendam sekejap)
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 sdb serbuk kari daging
  • Sedikit air
  • 2 sdb kicap masin
  • 2 sdb kicap manis
  • 2 sdb sos tiram
  • 2 sdb sos cili
  • ½ cawan air
  • 10 biji telur rebus

Cara-cara memasak:

  1. Kisar bawang kecil, bawang putih, serai dan udang kering menggunakan chopper hingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar bersama daun kari dan cili kering sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
  3. Masukkan serbuk kari daging, tumis sehingga rempah masak sempurna dan pecah minyak.
  4. Tuangkan sedikit air, teruskan menumis hingga rempah betul-betul sebati dan beraroma.
  5. Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tiram dan sos cili. Kacau hingga semua bahan sebati.
  6. Tuangkan ½ cawan air, biarkan mendidih perlahan sehingga kuah pekat sedikit.
  7. Masukkan telur rebus dan gaul perlahan supaya telur bersalut rata dengan kuah kam heong.
  8. Angkat dan hidangkan panas-panas, sesuai dinikmati bersama nasi putih.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Udang Kam Heong Versi Pedas Manja, Wanginya Sampai Jiran Pun Boleh Bau

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN