telur dadar istimewa

Biasanya kita masak telur dadar hanya letak garam kan? Kali ini apa kata jom cuba resepi telur dadar istimewa yang memang lain dari lain.

Dengan campuran rempah, daun herba dan sedikit tepung beras, telur dadar menjadi lebih gebu, wangi, dan penuh rasa.

Sesuai untuk makan tengah hari, makan malam atau bila-bila masa anda nak menikmati hidangan telur yang istimewa.

Baca juga: Cara Masak Sambal Telur Pecah Senang & Padu, Ikut Resipi Ini Memang Sedap!

RESEPI TELUR DADAR ISTIMEWA

telur dadar istimewa

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 10 batang daun bawang/loncang dihiris (boleh kurangkan jika tidak suka banyak)
  • 2 helai daun limau purut dihiris halus
  • 1 helai daun kunyit dihiris halus
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu teh kunyit kisar
  • 1/4 sudu teh lada kisar
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk stok

Bahan rempah kisar:

  • 6 biji cili kerinting
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara-cara memasak:

  1. Kisar semua bahan rempah sehingga halus. Dalam bekas lain, kacau tepung beras dengan sedikit air sehingga menjadi adunan pekat. Ketepikan.
  2. Pecahkan telur ke dalam bekas yang agak besar. Masukkan rempah kisar, daun bawang, daun limau purut, daun kunyit, serbuk lada, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, garam dan serbuk stok. Gaul rata menggunakan garfu.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api kecil. Tuang adunan telur ke dalam kuali. Masak perlahan supaya telur masak sepenuhnya. Setelah bahagian bawah bertukar perang, terbalikkan telur dan goreng sehingga kedua-dua bahagian sama warnanya.
  4. Keluarkan telur dari kuali, potong mengikut cita rasa dan hidangkan.

Sumber: Dilaria Nayra

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Telur Dadar Crispy, Rahsianya Kena Sejukkan Dulu Sebelum Goreng!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN