Seorang wanita di laman sosial Facebook berkongsikan satu resepi telur dadar gebu versi pedas. Menurut Siti Hajar Mohd Fauzi, resipi tersebut dipelajari dari arwah atuknya.
Jika sebelum ini kita hanya goreng telur dadar ‘kosong’ saja, kali ini apa kata jom cuba resipi yang berlainan pula. Dijamin lebih sedap dan tidak berbau hanyir telur sama sekali!
Baca juga: Masak Lemak Cili Api Versi Telur Dadar, Resipi Jimat Tak Perlu Guna Ayam!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara memasak:
1. Ambil 3 biji telur atau lebih, pecahkan di dalam mangkuk dan kacau.
2. Tumbuk segenggam cili padi hijau bersama sedikit belacan dan garam sehingga lumat.
3. Masukkan bawang besar, tiada bawang putih dan sambung tumbuk sehingga lumat.
4. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk telur dan kacau rata. Letakkan juga serbuk perasa jika mahu.
5. Goreng telur dengan api yang perlahan dan kalau boleh guna kuali yang bersaiz kecil untuk mendapatkan tekstur gebu.
6. Telur yang sudah siap mestilah bersifat gebu, berwarna gelap kehijau-hijauan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Siti Hajar Mohd Fauzi
Baca juga: Resipi Telur Bungkus Ala Kedai Makan, Puas Hati Makan Kalau Buat Sendiri
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…