Resepi telur bistik ini sangatlah mudah dan sedap. Cukup berselera jika dimakan dengan nasi panas. Ada satu lauk ini pun sudah cukup, tak perlu masak lauk lain sebab telur bistik ini sudah seimbang dengan sumber protein dari telur dan sayur-sayuran yang dimasukkan ke dalam bahan kuahnya.
Baca juga: Mudahnya Resipi Sup Telur Ini, Guna Bahan Asas Di Rumah Je
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang holland yang sudah dipotong dadu.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu, tumis sehingga matang.
3. Kemudian masukkan 3 sekawan, sos bersama sos ikan sedikit.
4. Gaul sebati kesemuanya. Seterusnya masukkan lada besar, lada benggala, lobak dan jagung.
5. Masukkan sedikit air. Renehkan sekeketika.
6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa sehingga cukup rasa.
7. Akhir sekali, taburkan daun sup. Ketepikan sementara kita buat telur pula.
8. Pecahkan telur 5 biji, kacau bersama garam serta serbuk perasa.
9. Masak macam biasa kita buat telur dadar. Ada dua pilihan, kalau pandai buat ala-ala telur bistik bungkus boleh lah buat lagi kreatif. Masukkan bahan yang sudah masak tadi dan letakkan di tengah-tengan telur dan bungkus.
10. Kalau tak pandai nak bungkus dan risau berterabur, buat je macam telur dadar biasa. Bila dah masak, letakkan atas pinggan macam kemudian baru letak bahan yang dimasak tadi kat atas telur.
11. Siap, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit: Kak Chik
Baca juga: Lauk Kurma Ayam Guna Cara Ekspres, 30 Minit Dah Siap Masak!
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…