Kalau tak ada idea nak masak apa, jom cuba resepi telur bistik daging yang sangat mudah untuk disediakan ini.
Cukup berselera jika dimakan dengan nasi panas. Ada satu lauk ini pun sudah cukup, tak perlu masak lauk lain dah.
Jika ada yang mahu mencuba, boleh lihat resipi perkongsian oleh Razzi Hajemi di bawah.
Baca juga: Gulai Lemak Kuning Telur Itik, Ini Tips Mudah Nak Elak Telur Pecah Dalam Kuah
RESEPI TELUR BISTIK DAGING
Bahan-bahan yang diperlukan:
– 2 biji telur
– 2 keping beef burger (boleh tukar dengan daging kisar)
– 1 biji cili
– 1 bawang besar
– 3 sudu sos cili
– 1 sudu sos tiram
– Serbuk lada
– Kicap manis pedas mahsuri
Cara memasak:
1. Goreng telur sehingga garing. Tips dia kena banyakkan minyak semasa menggoreng.
2. Angkat telur dan ketepikan. Kurangkan minyak dan masukkan bawang dan cili.
3. Masukkan 2 keping beef patty. Goreng sampai daging hancur. Boleh ganti dengan daging kisar.
4. Masukkan sos cili, kicap mahsuri, sos tiram dan sedikit lada.
5. Masa ini dah boleh tambah sedikit air. Kemudian dah siap dan boleh dinikmati bersama nasi panas.
6. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Razzi Hajemi
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi ‘Telur Dadar Pedas’ Arwah Atuk, Memang Lagi Padu Dari Biasa!