resepi teh tarik sedap

Resepi teh tarik sedap ini memang jadi pilihan ramai sebab hasilnya pekat, lemak berkrim dan buih melimpah. Berdasarkan perkongsian pengguna Threads, teknik dan sukatan yang digunakan sangat penting untuk dapatkan rasa “kaw” serta warna yang cantik keperangan.

Kalau selalu tak menjadi atau rasa teh tarik kurang kick, resepi ini boleh jadi game changer. Dengan gabungan teh yang betul, susu pekat “extra kaw” dan sedikit teh wangi ros, hasilnya memang setaraf minuman di kedai mamak!

Baca juga: Cara Buat Kopi Susu Kaw Pekat Berlemak, Sekali Minum Memang Susah Nak Lupa!

RESEPI TEH TARIK SEDAP KAW PEKAT BUIH BANYAK

resepi teh tarik sedap

Bahan-bahan:

  • 3 liter air
  • 7 sudu serbuk teh tarik
  • 2 sudu teh wangi ros (untuk warna lebih pekat dan cantik)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat (pilih jenis extra kaw jika suka lebih berkrim)

Cara-cara penyediaan:

1. Didihkan air

Panaskan 3 liter air hingga betul-betul menggelegak.

2. Masukkan teh

Masukkan 7 sudu serbuk teh tarik dan biarkan meresap hingga warna pekat.

3. Tambah teh wangi ros

Masukkan 2 sudu teh wangi ros untuk naikkan warna dan aroma teh.

4. Campur susu cair

Tuang 1 tin susu cair dan kacau hingga sebati.

5. Masukkan susu pekat

Tambahkan 1 tin susu pekat untuk rasa lebih lemak dan manis berkrim.

6. Tarik teh bagi buih banyak

Tuang teh dari satu bekas ke bekas lain berulang kali untuk hasilkan buih yang banyak dan tekstur halus.

Tips Resepi Teh Tarik Sedap Jadi Lebih Kaw:

  • Gunakan serbuk teh berkualiti untuk rasa lebih padu
  • Teh wangi ros bantu pekatkan warna tanpa perlu tambah teh berlebihan
  • Tarik teh dari ketinggian sederhana untuk buih lebih banyak
  • Pilih susu pekat jenis “extra kaw” untuk rasa lebih creamy

Kenapa Resepi Ini Viral?

Resepi teh tarik sedap ini jadi perhatian sebab hasilnya konsisten dengan warna cantik, rasa lemak manis seimbang dan buih memang banyak. Sesuai untuk hidangan keluarga atau minum petang santai.

Sekali cuba, memang susah nak kembali ke cara biasa. Confirm jadi kegemaran di rumah!

Selamat mencuba!

Sumber: adsweethome

Baca juga: Resepi Air Mocha Ais Paling Creamy, Sekali Teguk Terus Rasa Melayang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN