resepi talapia

Siapa yang suka mencuba menu baru, wajib cuba resepi talapia garing bersos limau ini pula. Bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya cukup mudah.

Pertama sekali, ikan talapia perlu digoreng rangup. Kemudian disiram dengan sos limau yang masam, masin, manis dan pedas. Memang padanan yang sangat serasi!

Lebih sedap jika menggunakan ikan fresh yang baru dibeli dari pasar raya. Boleh menambah nasi dibuatnya! Jom cuba buat dengan menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Talapia Masak Pedas Thai, Rasa Pedas & Manis Pasti Memikat!

RESEPI TALAPIA GARING BERSOS LIMAU

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ikan talapia
  • 3 biji limau nipis (ambil jus)
  • 3 sudu besar gula
  • 3 biji cili padi merah (potong halus)
  • 5 biji cili padi hijau (potong halus)
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 7 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 tangkai daun ketumbar (potong halus)
  • Garam untuk lumur ikan

Cara memasak:

1. Basuh ikan bersih-bersih dengan limau nipis untuk hilangkan bau hanyir ikan.

2. Lumurkan garam secukupnya pada ikan yang sudah dibersih tadi. Tak perlu letak kunyit. Perap seketika.

3. Goreng ikan hingga betul-betul garing. Ketepikan.

4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Jangan sampai garing tau.

5. Satukan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati.

6. Masukkan bancuhan itu dalam kuali yang kita tumis bawang putih tadi.

7. Kacau dan rasa. Masakan ini perlu cukup rasa masam, manis masin dan pedas. Apa yang kurang, boleh ubai suai mengikut selera.

8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi talapia

Kredit resipi dan gambar: Marina Ismail

Baca juga: Sedap Rupanya Fish And Chips Guna Ikan Talapia, Bersama Sos Tartar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN