Categories: Resipi

Resipi Sup Ketam Thai Sedap Dan Menyegarkan, Waktu Tak Sihat Pun Terus Selera Makan!

Sekarang ini ramai yang tidak sihat kerana cuaca tidak menentu. Waktu badan rasa tidak sedap, memang nikmat kalau dapat hirup kuah panas yang pedas dan menyegarkan. Jadi, kalau anda sedang mencari sesuatu yang boleh menghangatkan badan, bolehlah cuba resepi sup ketam Thai ini.

Kuahnya pedas masam dengan aroma serai dan daun kunyit yang wangi, memang cukup membuka selera. Isi ketam pula memberi rasa manis semula jadi yang menjadikan sup ini lebih sedap dan berperisa.

Cara penyediaannya juga mudah dan cepat. Bahan-bahan ringkas, tetapi hasilnya rasa seperti makan di restoran Thai. Sesuai sangat dihidangkan ketika hari hujan atau bila badan terasa tidak sihat dan tidak bermaya.

Baca juga: 8 Jenis Ketam Popular Di Malaysia, No. 3 Paling Manis & Lembut!

RESEPI SUP KETAM THAI

Bahan-bahan:

  • Ketam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Daun kunyit
  • Cili padi
  • Rempah sup
  • Limau nipis
  • Serbuk perasa atau garam
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Chili flakes (jika suka lebih pedas)
  • Air secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah sup dan kacau sebati dengan bahan tumisan.
  3. Tambahkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ketam yang telah dibersihkan. Masak hingga kulitnya bertukar merah dan isi ketam masak.
  5. Masukkan daun kunyit, cili padi, garam atau serbuk perasa, serta sedikit chili flakes kalau suka pedas.
  6. Perahkan jus limau nipis ke dalam sup, kacau perlahan supaya rasanya sekata.
  7. Taburkan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Sumber: Facebook Jom Masak

Baca juga: Cara Masak Ketam Masak Lemak Nenas, Resipi Simple Tapi Sangat Sedap & Terangkat!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago