Anak tak suka makan sayur? Sudah puas dipujuk tapi hasilnya tetap gagal. Jadi, apa kata ibu-ibu jom cuba buatkan sup bayam ini.
Resipi sup bayam ini telah dikongsikan oleh seorang influencer di laman sosial Instagram. Sup ini dikatakan mampu membuat anak-anak makan berselera.
Bahan-bahan dan cara penyediaannya juga cukup ringkas. Jika ada yang nak cuba, ikut saja resipi lengkap di bawah ini.
Baca juga: Resipi Sambal Nasi Lemak Tak Pedas Untuk Anak-Anak, Gerenti Berselera!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Hiris halus sayur bayam, buang batang yang besar dan keras. Ambil daun dan bahagian batang yang kecil dan lembut sahaja.
2. Kemudian, hiris nipis daun bersama batang yang lembut.
3. Cincang kasar udang. Kemudian masukkan 1 biji telur kuning telur dan perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
4. Dalam periuk besar, tumis bawang putih yang sudah dicincang sehingga harum dan keemasan. Kemudian masukkan 10 hingga 11 cawan air dan biarkan ia mendidih.
5. Seterusnya, masukkan bayam dannbiarkan ia mendidih lagi sehingga bahagian tepi mula menggelegak (ada buih).
6. Apabila sudah menggelegak, kaupkan 1 sudu adunan udang. Buat beberapa biji sehingga adunan habis.
7. Kemudian, perasakan sup dengan 1 sudu besar sos ikan, 1 sudu besar stok ayam serbuk dan 1 sudu kecil garam. Kacau perlahan supaya ketulan udang tidak hancur.
8. Masak sehingga ketulan udang tadi terapung ke permukaan. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit: gaming_foodie (instagram)
Baca juga: Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…