Jom kita cuba buat sendiri daging burger homemade di rumah menggunakan bahan-bahan segar dan diproses sendiri tanpa bahan tambahan atau pengawet tambahan.
Daging burger homemade jauh lagi sihat dari daging burger yang disejuk beku. Hal itu kerana ia mengandungi kandungan lemak dan garam yang tinggi.
Jika diambil dengan kerap, ia boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan. Jadi, lebih baik jika kita buat sendiri daging burger di rumah. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah!
Baca juga: Nugget Ayam Ala KFC, Resipi Homemade Lebih SIHAT Untuk Anak-anak
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kisar telur sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.
3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.
4. Keluarkan bahan kisar dariĀ blender dan masukkan dalam acuan untuk bentuk kepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)
5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dah dibentuk tadi ke dalam freezer dalam 1 jam. Bila dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.
6. Cara kedua, kukus daging burgerĀ sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.
Kredit resipi dan gambar: Sue Faizah
Baca juga: Cara Buat Sos Thai Homemade, Cicah Dengan Apa Pun Sedap!
Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…
Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…
Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…
Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…
Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…
Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…