Resepi sup abc Chinese style ini sangat terkenal dalam kalangan bangsa Cina. Bahan yang digunakan juga penuh dengan khasiat, sesuai untuk anak-anak!
Selain itu, cara penyediaan sup ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Anda hanya perlu satukan semua bahan dan didihkan kesemuanya sehingga masak dan sebati.
Kalau ada yang mahu mencuba dan tertanya-tanya apakah rasa sup ini, mari ikuti resipi perkongsian oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah.
Baca juga: Resipi Bihun Sup Ala Pama, Hujan-Hujan Ni Memang Layan!
RESEPI SUP ABC CHINESE STYLE
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Bawang holland
- Tomato
- Jagung
- Lobak merah
- Lobak putih
- Daun bawang
- Halia
- Ayam
Cara memasak sup abc:
1. Potong semua bahan terlebih dahulu sebelum mula memasak. Rujuk cara memotong seperti dalam gambar di bawah.
2. Pertama sekali, sediakan periuk dan satukan ayam, halia dan air secukupnya. Rebus sehingga mendidih.
3. Kemudian, buang halia dan masukkan pula semua bahan-bahan lain.
4. Renehkan sup sehingga masak dan bercampur rata. Boleh perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Akhir sekali, titiskan beberapa titik minyak bijan dan taburkan hirisan daun bawang.
5. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli
Baca juga: Resipi Sup Bayam Mudah, Anak Yang Tak Suka Sayur ‘Confirm’ Akan Makan Licin!