Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui di dapur, terutama jika teringin menikmati hidangan Korea tanpa perlu membeli banyak bahan khas.
Tak perlu cari rempah Korea yang khusus kerana serbuk cili yang biasa digunakan dalam masakan harian juga boleh digunakan bersama kimchi untuk menghasilkan kuah yang pedas, beraroma, dan kaya rasa.
Ditambah dengan daging yang lembut serta tauhu lembut yang menyerap rasa kuah, hidangan ini cukup mengenyangkan dan memberikan cara yang lebih mudah untuk menikmati sundubu jjigae mengikut bahan yang ada di rumah.
Baca juga: Resipi Sundubu Jjigae Homemade, Sup Tofu Pedas Ala Restoran Korea Buat Ramai Jatuh Cinta!
RESEPI SUNDUBU JJIGAE

Bahan-bahan:
- Daging, dihiris nipis
- 1 biji bawang Holland, dihiris
- 2 ulas bawang putih, dicincang
- Minyak bijan secukupnya
- Serbuk cili secukup rasa
- Kimchi secukupnya
- Batang daun bawang, dihiris
- Tauhu lembut secukupnya
- Daun bawang, dihiris
- Air atau stok ayam secukupnya
Cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak bijan dalam periuk. Masukkan bawang Holland dan bawang putih, kemudian tumis hingga layu dan harum.
- Masukkan hirisan daging. Gaul rata dan masak sehingga daging berubah warna.
- Tambahkan kimchi dan batang daun bawang. Gaul bersama daging sehingga sebati.
- Masukkan serbuk cili mengikut tahap kepedasan yang diingini. Tuangkan air atau stok ayam secukupnya.
- Biarkan kuah mendidih, kemudian masukkan tofu lembut dengan perlahan supaya tidak hancur.
- Renehkan sup sehingga kuah mendidih dan semua rasa sebati.
- Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.
Sumber: Threads @miss_ct123
Baca juga: Resepi Kimchi Mudah, Buat Sendiri Pun Boleh Jadi Sedap Macam Kedai Korea
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

