Resepi kimchi mudah ini memang sesuai untuk yang baru pertama kali nak cuba buat kimchi sendiri di rumah. Tak perlu bahan yang terlalu rumit, hanya menggunakan kubis panjang, serbuk cili, sos ikan dan beberapa bahan asas lain, dah boleh hasilkan kimchi yang pedas, rangup dan masam secukup rasa.

Kimchi bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, malah boleh dijadikan lauk sampingan, dimakan bersama nasi panas, mi segera, ramen, nasi goreng atau dijadikan bahan dalam pelbagai masakan Korea. Lagi lama diperam, lagi sedap rasa masam semula jadinya.

Kalau jenis suka simpan stok makanan dalam peti sejuk, resipi ini memang berbaloi dicuba. Buat satu balang terus, simpan dalam bekas kedap udara dan nikmati bila-bila masa teringin makan kimchi homemade.

Baca juga: Resipi Sundubu Jjigae Homemade, Sup Tofu Pedas Ala Restoran Korea Buat Ramai Jatuh Cinta!

RESEPI KIMCHI MUDAH

resepi kimchi mudah

Bahan-bahan untuk kubis:

  • Kubis panjang (dipotong)
  • Garam
  • Air secukupnya (hingga menutupi kubis)

Bahan untuk pes kimchi:

  • Serbuk cili
  • Gula
  • Sos ikan
  • Bawang putih kisar (minced garlic)
  • Air
  • Daun kucai (dihiris panjang)
  • White radish/lobak putih (dipotong memanjang)

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh bersih kubis panjang yang telah dipotong.
  2. Masukkan garam ke dalam kubis dan tuang air sehingga paras kubis tenggelam.
  3. Biarkan kubis selama 1 jam supaya menjadi lembut.
  4. Selepas 1 jam, bilas kubis dengan air bersih.
  5. Perah kubis sehingga air berkurang, kemudian toskan.
  6. Dalam mangkuk lain, satukan serbuk cili, gula, sos ikan, bawang putih kisar dan air. Gaul sehingga menjadi pes.
  7. Masukkan kubis yang telah ditoskan ke dalam pes kimchi dan gaul hingga semua kubis bersalut rata.
  8. Masukkan daun kucai dan white radish, kemudian gaul sekali lagi sehingga sebati.
  9. Pindahkan kimchi ke dalam balang atau bekas kedap udara.
  10. Simpan terus dalam peti sejuk atau biarkan semalaman pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam chiller jika mahu proses penapaian lebih cepat.

Kimchi homemade ini memang mudah dibuat dan sesuai dijadikan stok dalam peti sejuk. Bila-bila rasa teringin makanan Korea, terus keluarkan dan nikmati bersama hidangan kegemaran.

Sumber: Nurul Syamimi Zulkifli

Baca juga: Resipi Butter Tteok Viral Ala Korea Rangup Di Luar & Lembut Kenyal Di Dalam, Memang Tak Cukup Makan Sebiji!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending