spaghetti napolitan

Spaghetti Napolitan merupakan masakan yang boleh dikatakan agak terkenal di negara Jepun. Cara penyediaannya juga tidak susah mana. Yang penting, wajib ada butter dan sos tomato untuk memasaknya.

Bosan juga asyik masak spageti bolognese atau spageti carbonara kan? Apa kata kali ini jom cuba spageti versi Jepun ini pula.

Ikut saja resipi perkongsian oleh Puan Zurina Zulkifli di bawah. Menurutnya, anak-anak menggemari rasa spageti ini yang lemak dan berkrim. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Spaghetti Buttermilk Mudah Untuk Dimasak, Sedap & Tak Muak

RESEPI SPAGHETTI NAPOLITAN JEPUN

Bahan-bahan:

  • Lima sudu besar sos tomato jenama Kimball
  • Butter jenama Anchor
  • Sebatang sosej keju – dipotong serong
  • Setengah biji bawang holland – dihiris
  • Setengah potong capsicum hijau – dihiris
  • Sesudu teh minyak masak atau minyak zaitun
  • Garam dan keju parmesan (pilihan)
  • Spageti – direbus dan tos

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak atau minyak zaitun. Tumiskan hirisan bawang holland bersama sosej.

2. Kemudian masukkan lada benggala dan tos tomato. Boleh tambahkan juga sedikit serbuk lada hitam.

3. Masukkan sedikit air rebusan spageti dan gaul sebati.

spaghetti napolitan

4. Masukkan spagetti dan gaul rata.

spaghetti napolitan

5. Apabila masakan sudah mengeluarkan wap panas, boleh letakkan butter dan gaul sebati.

spaghetti napolitan

6. Akhir sekali, taburkan garam secukup rasa mengikut selera masing-masing.

spaghetti napolitan

7. Sedia untuk dihidangkan. Tabur keju parmesan jika suka, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli

Baca juga: Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN