
Nak sediakan hidangan lauk sedap tapi nampak luar biasa, cubalah resepi Sotong Sumbat Percik ini. Setelah masak, anda akan terkejut dengan aromanya yang memikat selera.
Sotong Sumbat Percik menggunakan gabungan sotong yang disumbat dengan inti bersama kuah percik beraroma. Apa yang kami boleh katakan, lauk ini memang luar biasa sedapnya.
Sudah sering makan lauk sotong versi biasa, jadi kali ini anda boleh buat kelainan dengan resepi Sotong Sumbat Percik pula. Sekali buat, pasti hasilnya menjadi. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Nasi Butter Dan Daging Masak Hitam, Makan Sekali Terus Rasa Terpikat!
RESEPI SOTONG SUMBAT PERCIK

Bahan sumbat dalam sotong:
- 3 biji kentang rebus
- 2 biji telur
- Daun ketumbar
- Serbuk lada hitam
Bahan kisar:
- 2 biji bawang besar
- 4 sudu makan pes perapan ayam percik
- Sedikit halia
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang serai
Bahan-bahan lain:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, lenyekkan kentang yang sudah direbus terlebih dahulu.
2. Selepas itu, masukkan telur, daun ketumbar dan serbuk lada hitam.
3. Kemudian, boleh sumbatkan sotong dan pakai lidi supaya intinya tak terkeluar.
4. Seterusnya, buat kuah percik dengan memasukkan bahan yang telah dikisar iaitu bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
5. Setelah tumis sampai naik bau, masukkan pes perapan ayam percik.
6. Kemudian, masukkan santan, gula dan sedikit serbuk perasa.
7. Apabila kuah percik sudah pecah minyak, masukkan sotong sumbat ke dalam kuah dan masak sebentar. Siap untuk dihidang!
Video penuh:
@myresipi Resipi campak Ramadan Raya bersama Dr. Ezani || Sotong Sumbat Percik Bahan Sumbat dalam sotong: 3 biji Kentang Rebus 2 biji telur Daun Ketumbar Bahan Kisar: 2 biji bawang besar 4 sdm MAGGI Pes Perapan Ayam Percik Sedikit halia 4 ulas bawang putih 1 batang serai Daun kari Santan Gula + Maggi Cukup Rasa #MyResipi #ResepiCampakCampak #RamadanRaya2025 #Tajaan ♬ original sound – MyResipi
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
Baca juga: Resepi Tauhu Sumbat Dengan Rasa Meriah, Makan Sekali Mesti ‘Repeat’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














