resepi nasi butter

Setiap hari anda pasti memikirkan untuk masak hidangan yang boleh memikat selera keluarga. Oleh itu, kami cadangkan anda buat resepi Nasi Butter dan Daging Masak Hitam ini.

Nasi Butter sangat digemari ramai terutamanya kanak-kanak. Ditambah pula dengan berlaukkan Daging Masak Hitam, semakin terangkat selera dibuatnya.

Cara memasaknya sangat mudah dan anda boleh ikut saja resepi Nasi Butter dan Daging Masak di bawah dengan langkah demi langkah yang lengkap. Jom kita cuba!

Baca juga: Lebihan Nasi Impit Jangan Dibuang, Boleh Buat Nasi Impit Goreng Daging Yang Sedap

RESEPI NASI BUTTER DAN DAGING MASAK HITAM

resepi nasi butter

Bahan-bahan untuk nasi butter:

  • 5 cawan beras (boleh sesuaikan jumlah mengikut keperluan)
  • 5 sudu besar mentega
  • 1 cawan campuran sayur beku (mix vegetable)
  • Serbuk perasa
  • Air (sukat seperti memasak nasi biasa)

Cara-cara memasak nasi butter:

1. Masukkan butter ke dalam kuali dan terus satukan bersama sayur campur.

2. Tumis beras bersama adunan butter dan masukkan serbuk perasa.

3. Masukkan beras yang sudah ditumis tadi ke dalam periuk nasi.

4. Akhir sekali, masak seperti nasi biasa. Siap!

Bahan-bahan untuk daging masak hitam:

  • 500g daging (hiris nipis, boleh guna daging batang pinang atau tetel untuk lebih berlemak)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kicap pekat (untuk warna hitam yang cantik)
  • 1 sudu besar gula Melaka (pilihan)
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai

Cara-cara memasak daging masak hitam:

1. Gaul dan perapkan daging bersama jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, lada hitam dan serbuk perasa.

2. Tumis bahan kisar dan masukkan perapan daging ke dalam kuali.

3. Masukkan kicap pekat, gula Melaka, sos tiram dan masak sampai daging empuk. Siap!

Video penuh:

@myresipi Resipi Campak Ramadan Raya bersama Chef Naem || Nasi Butter + Daging Masak Hitam. Bahan Nasi Butter: 5 cawan beras (boleh sesuaikan jumlah mengikut keperluan) 5 sudu besar mentega 1 cawan campuran sayur beku (mix vegetable) Maggi Cukup Rasa Air (sukat seperti memasak nasi biasa) Bahan Daging Masak Hitam: Bahan Utama: 500g daging (hiris nipis, boleh guna daging batang pinang atau tetel untuk lebih berlemak) 1 sudu besar Maggi Sos Tiram 1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa 1 sudu kecil serbuk ketumbar ½ sudu kecil serbuk jintan putih ½ sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar kicap pekat (untuk warna hitam yang cantik) 1 sudu besar gula Melaka (pilihan) 1 cawan air 2 sudu besar minyak masak Bahan Kisar: 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1 inci halia 2 batang serai #MyResipi #ResepiCampakCampak #RamadanRaya2025 #Tajaan ♬ original sound – MyResipi

Selamat mencuba!

Sumber: MyResipi

Baca juga: Cara Masak Lemang Segera Dengan 3 Bahan, Tetap Lembut Dan Wangi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN