Categories: Resipi

Resipi Sotong Masak Kicap Pedas ‘Gebu’ Elok, Ikut Teknik Ini Tak Kecut & Tak Liat!

Asyik masak sambal sotong bosan juga kan? Kali ini apa kata jom cuba resepi sotong masak kicap pedas pula. Bagi yang suka pedas, dijamin makan bertambah hingga 3 kali!

Namun, pasti ada yang setiap kali masak sotong, ia jadi liat dan kecut. Jangan risau, ada beberapa tip dan teknik yang boleh digunakan untuk pastikan sotong tak kecut dan tetap gebu!

Baca juga: Tip Sambal Sotong Tak Berair Bila Masak, Elok Lembut Gebu & Tak Kecut!

RESEPI SOTONG MASAK KICAP PEDAS

Bahan-bahan:

  • Sotong (bersihkan dan dipotong mengikut saiz yang diingini)
  • Minyak (untuk menumis)
  • Bawang merah 5-6 biji (dikisar)
  • Bawang putih 3-4 ulas (dikisar)
  • Cili api ikut tahap kepedasan yang diingini (dikisar)
  • Cili kisar 1 senduk
  • Sos cili 1 sudu besar
  • Sos tiram 1-2 sudu besar
  • Kicap manis secukupnya (untuk memberi warna gelap)
  • Asam jawa sedikit (kuantiti mengikut selera)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa (sedikit sahaja untuk seimbangkan pedas)
  • Air sotong (jangan dibuang, akan digunakan dalam kuah)
  • Hirisan bawang merah (untuk hiasan)
  • Cili api (untuk hiasan)

Cara memasak:

  1. Pertama, matikan air sotong. Tak perlu letak minyak, hanya gunakan api sederhana besar.
  2. Bila sotong keluarkan air dan hampir separa masak, terus tutup api. Jangan biarkan terlalu lama, hanya dalam seminit dua sahaja.
  3. Tapis sotong dan asingkan air sotong ke dalam mangkuk. Jangan buang air sotong, kita akan guna nanti untuk kuah.
  4. Blender bawang merah, bawang putih dan cili api. (Tip: lebihkan bawang merah kalau nak kuah pekat dan banyak)
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak panas, masukkan bahan yang telah diblender tadi (bawang merah, bawang putih dan cili api).
  6. Tumis sekejap sehingga wangi.
  7. Masukkan satu senduk cili kisar.
  8. Tambahkan sos cili (1 sudu besar), sos tiram dan kicap manis secukupnya. Kicap akan memberikan warna gelap pada sotong.
  9. Masukkan sedikit asam jawa (ikut selera kemasaman yang diinginkan).
  10. Setelah kuah agak masak, masukkan air sotong yang telah dipisahkan tadi.
  11. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Gula sedikit sahaja untuk mengimbangi rasa pedas dari cili api.
  12. Bila kuah hampir kering, tambahkan sedikit air lagi supaya kuah tetap ada.
  13. Kacau kuah hingga semuanya mendidih dan rasa sudah cukup padu.
  14. Masukkan sotong yang telah ditapis tadi. Kacau perlahan dan biarkan sotong dalam kuah selama seminit.
  15. Setelah itu, masukkan hirisan bawang merah dan cili api (jika suka pedas).
  16. Apabila sotong sudah sebati dengan kuah dan rasa sudah padu, tutup api.
  17. Sotong masak kicap pedas siap dihidangkan!

Kredit resipi dan gambar: Nor Farah Atika

Baca juga: Rupanya Ini Petua Sotong Goreng Rangup, Tepung ‘Tak Lari’ & Melekat Elok!

Wan N

Recent Posts

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

12 mins ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

1 hour ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

2 hours ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

18 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

18 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

19 hours ago