sotong masak asam

Bila tekak terasa nak sesuatu yang masam-masam, berkuah dan beraroma, sotong masak asam memang pilihan terbaik. Rasa masam pedasnya ditambah dengan haruman daun kari memang buat makan nasi bertambah!

Oleh itu, kalau tak tahu nak masak apa hari ini. Cuba resipi sotong masak asam yang mudah, cepat dan confirm buat seisi keluarga makan berselera.

Sotong masak asam bukan saja mudah disediakan, tapi juga penuh dengan rasa yang seimbang dari segi masam, manis, pedas dan berempah. Menu ini pasti memikat hati penggemar makanan laut.

Baca juga: Resipi Kari Sotong Gaya Kampung, Cara Mudah Tapi Rasa Menyengat!

RESEPI SOTONG MASAK ASAM

sotong masak asam

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sotong – dibersihkan dan digaul dengan sedikit serbuk kunyit
  • Bawang besar – dihiris
  • Bawang putih – dihiris
  • Halia – dihiris
  • Cili merah atau cili padi – dihiris serong (ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Air asam jawa (ikut kepekatan yang disukai)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun kari – untuk menaikkan aroma dan rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga keperangan dan wangi.
  2. Masukkan daun kari dan sotong. Kacau sekejap agar sotong tidak liat.
  3. Tuangkan air asam jawa dan biarkan ia mereneh.
  4. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.
  5. Jika suka kuah yang lebih pekat, gunakan air asam jawa yang lebih pekat semasa memasak.

Sumber: Pelangi Cerah

Baca juga: Resipi Sotong Masak Cili Padi Kunyit, Tekstur Lembut & Tak Kecut Bila Ikut Cara Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN