Categories: Resipi

Resipi Sotong Goreng Pedas, Ini Petua Supaya Tak Liat & Berbau

Penggemar masakan Thailand wajib cuba resepi sotong goreng pedas ini. Menu ini lebih kurang sama sahaja seperti sambal sotong, tetapi ada sedikit perbezaannya dari segi bahan.

Masakan Thailand ini kalau tak pedas, masam dan manis memang tak sah. Begitulah perumpamaan masakan yang dikongsikan oleh Saudara Wan Luqman di bawah.

Baca juga: Udang Masak Diraja, Penuh Rasa Dan Lemak Lemak Manis, Sedap Sangat!

RESEPI SOTONG GORENG PEDAS

Bahan-bahan:

  • 2 ekor sotong – potong dan celur dalam air panas
  • Cili padi – hiris @ cincang
  • Bawang holland – hiris @ cincang
  • Bawang putih – tumbuk
  • Capsicum hijau – potong dadu
  • Kacang panjang/buncis (optional) – hiris
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan pes namprik maepranom
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • Nampla sauce/sos ikan secukupnya
  • Sedikit Kicap Golden Mountain

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih seketika.

2. Kemudian masukkan hirisan bawang holland, capsicum dan cili padi. Boleh juga masukkan kacang panjang, kacang buncis, lobak merah atau bunga kubis. Namun ia adalah pilihan sahaja bergantung pada selera masing-masing.

3. Masukkan sos tiram.

4. Masukkan juga sedikit kicap Golden Mountain.

5. Tambahkan sos cili.

6. Tidak dilupa, masukkan juga sos tomato. Jika tiada, boleh gantikan dengan sedikit perahan jus limau nipis atau tomato yang telah didadu.

7. Renjiskan sedikit sos nampla @ sos ikan.

8. Tambahkan pes namprik. Ia adalah pes cili dalam tin yang biasa digunakan untuk membuat tomyam.

9. Kuah asas untuk sotong sudah siap disediakan. Boleh rasa dan tambah perasa jika tidak cukup.

10. Seterusnya masukkan sotong yang telah dicelur dengan air panas. Menurut empunya resipi, jika sotong dimasukkan segar, air sotong akan meleleh keluar dan kuah masak pedas akan berbau sotong dengan kuat membuatkan rasanya jadi kurang enak.

11. Tambahkan daun limau purut.

12. Masukkan juga sedikit gula untuk memberikan sedikit rasa manis. Masakan ini perlu ada rasa pedas, manis, masin dan sedikit masam.

13. Sotong Goreng Pedas siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

INFO: Jika guna sotong yang telah dicelur terlebih dahulu, bila siap dimasak sotong akan jadi tidak terlalu kecut.

Kredit: Wan Luqman

Baca juga: Resipi Sambal Udang Petai Yang Sedap, Makan Dengan Nasi Panas Fuhhh Menyengat!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago