Categories: Resipi

Resipi Soto Ayam Simple Tapi Power. Ini Rahsia Kuah Sedap, Pekat & Likat

Resepi soto ayam simple oleh Farah Lome ini memang power! Jika dihidangkan untuk rumah terbuka, pasti tetamu akan memuji melambung.

Walaupun kini sudah memasuki minggu kedua bulan Syawal, masih ramai yang merancang untuk mengadakan rumah terbuka. Tak ada salahnya pun, raya kan sebulan!

Jadi, soto boleh menjadi pilihan hidangan yang sempurna untuk tetamu anda nanti. Selamat mencuba!

Baca juga: 5 Resipi Ekspres Jamu Tetamu Datang Mengejut, Sekejap Dah Siap Masak!

RESEPI SOTO AYAM SIMPLE

1) Resipi Kuah Soto

Bahan-bahan:

  • Ayam (potong besar sebab nak carikkan nanti)
  • 2 batang serai – ketuk
  • Minyak untuk menumis
  • 1/2 paket kecil serbuk sup
  • 1/2 paket kecil serbuk kurma
  • 1 kiub pati ayam
  • Akar daun sup – potong dan cuci bersih
  • 2 liter air

Bahan-bahan kisar:

  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang merah besar (lagi banyak lebih sedap)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji buah keras

Cara memasak:

1. Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga betul-betul naik bau, masak dan sedikit garing. Ia bertujuan supaya bawang tidak berasa mentah dalam kuah nanti.

2. Masukkan serbuk sup dan serbuk kurma. Jika tiada, boleh letak rempah soto.

3. Masukkan ayam. Agak-agak air ayam sudah hampir kering, baru masukkan air.

4. Masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya.

5. Renehkan kuah sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan. Ketepikan ayam untuk dicarikkan nanti.

6. Kuah soto siap!

2) Resipi Begedil Kentang

Bahan-bahan:

  • 5-6 biji ubi kentang – buang kulit, potong kecil & rebus
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • 1 biji telur
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Ubi kentang dibuang kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk.

2. Kemudian lenyekkan hingga halus. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Sebatikan.

3. Cubit adunan Begedil dan bulat-bulatkan adunan. Leperkan sedikit.

4. Pecahkan telur dan masukkan lada sulah dan garam. Pukul kembang supaya bila digoreng nanti, begedil kelihatan bersarang.

5. Cara goreng begedil supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil sahaja. Jangan penuh.

6. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.

7. Celup begedil dalam bancuhan telur kemudian goreng.

8. Bila sudah garing dan kekuningan, barulah balikkan. Jangan balikkan terlalu awal kerana begedil akan pecah.

3) Resepi Soto Ayam Simple – Sambal Kicap

Bahan-bahan:

  • 1 ulas bawang putih – diketuk
  • Segenggam cili padi
  • Gula secukup rasa
  • Sos cili secukupnya
  • Kicap

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga garing. Masukkan juga cili padi. Goreng bersama bawang putih tadi.

2. Angkat bahan gorengn tadi dan jangan dibuang minyaknya kerana minyak gorengan bawang putih akan membuatkan sambal jadi lebih sedap.

3. Tumbuk bahan gorengan tadi dan tambahkan gula, sos cili dan kicap dengan secukupnya. Masukkan juga 1 sudu makan minyak gorengan tadi. Gaul rata.

4. Sambal isi tidak perlu diisi garam kerana kicap itu sudah berasa masin.

5. Sambal Kicap sedia untuk dinikmati.

INFO: Kalau tak nak guna serbuk sup & serbuk kurma, boleh guna rempah soto. Bahan lain kekalkan, cuba tukar serbuk sup & serbuk kurma kepada rempah soto sahaja.

Kredit: Farah Lome

Baca juga: Resipi Kuzi Ayam Orang Pantai Timur, Cicah Dengan Roti Memang Layan!

Wan N

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

1 day ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

1 day ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

1 day ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

1 day ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

1 day ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

1 day ago