Categories: Infomasi

Resepi Soto Ayam Sambal Kicap Bersama Begedil Kentang, Sesuai Untuk Hidangan Seisi Keluarga!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-26 03:47:45

Sajian Soto Ayam memang tak lengkap tanpa hidangan begedil daging dan sambal kicap. Ibu-ibu boleh cuba menu soto ini untuk suami dan anak-anak sempena hujung minggu nanti. Tak perlu pening-pening nak masak lauk apa dah. Ikut je resepi yang dikongsikan oleh kumpulan Menu Citarasaku di Facebook.

 

Kredit: Menu Citarasaku

 

Bahan-bahan untuk Soto:

  • Nasi impit atau suhun atau bihun
  • Bawang goreng
  • Bergedil kentang
  • Kacang tanah
  • Suhun
  • Ayam ( direbus,dicarik dan digoreng)
  • Sambal kicap

 

Kredit: Menu Citarasaku

 

Bahan-bahan Sup Ayam:

  • 2 biji bawang merah} 1biji bawang merah,3 biji bawang putih dan 2 inci ditumbuk halus,
  • 6 ulas bawang putih} selebihnya dipotong halus
  • 4 inci halia
  • Daun sup
  • Ayam (bahagian tulang/kaki ayam/leher)
  • Air rebusan ayam
  • Sup bunjut
  • Kiub pati ayam

 

Cara-cara pembuatan Sup Ayam:
1. Panaskan minyak. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi, kacau hingga garing.
2. Kemudian masukkan sup bunjut dan kacau sebentar. Masukkan kiub ayam dan kacau. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ayam (dari isi ayam yang direbus)
3. Masukkan ayam, bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris pula.
4. Masukkan air seberapa banyak yang diperlukan. Kemudian masukan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan daun sup.

Kredit: Menu Citarasaku

 

Bahan-bahan Begedil Kentang:

  • 6 biji kentang
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Telur

 

Cara-cara pembuatan Begedil Kentang:
1. Kupas kulit kentang, kemudian rebus hingga empuk.
2. Setelah siap, lenyek kentang tadi hingga hancur.
3. Masukan garam, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata.
4. Bentukkan kentang tadi dan sedia untuk digoreng.
5. Pukul telur, panaskan minyak. 
6. Apabila minyak sudah panas, celupkan begedil yang dibentuk tadi pada telur. dan goreng. Siap!

 

Bahan-bahan Sambal Kicap:

  • 20 biji Cili padi hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula pasir
  • kicap secukupnya

 

Cara-cara pembuatan Sambal Kicap:
1. Tumbuk bawang putih hingga lumat.
2. Kemudian tumbuk cili padi hingga lumat. Masukkan gula pula selepas itu dan tumbuk sehingga hancur.
3. Masukkan bahan di atas pada mangkuk dan tuangkan kicap secukupnya. Siap!

Siap untuk di makan, Selamat mencuba! 

Kredit: Menu Citarasaku

 

Kredit: Menu Citarasaku

 

Selamat Mencuba

Kredit: Menu Citarasaku

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago