PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-26 03:47:45
Sajian Soto Ayam memang tak lengkap tanpa hidangan begedil daging dan sambal kicap. Ibu-ibu boleh cuba menu soto ini untuk suami dan anak-anak sempena hujung minggu nanti. Tak perlu pening-pening nak masak lauk apa dah. Ikut je resepi yang dikongsikan oleh kumpulan Menu Citarasaku di Facebook.
Kredit: Menu Citarasaku
Bahan-bahan untuk Soto:
- Nasi impit atau suhun atau bihun
- Bawang goreng
- Bergedil kentang
- Kacang tanah
- Suhun
- Ayam ( direbus,dicarik dan digoreng)
- Sambal kicap
Kredit: Menu Citarasaku
Bahan-bahan Sup Ayam:
- 2 biji bawang merah} 1biji bawang merah,3 biji bawang putih dan 2 inci ditumbuk halus,
- 6 ulas bawang putih} selebihnya dipotong halus
- 4 inci halia
- Daun sup
- Ayam (bahagian tulang/kaki ayam/leher)
- Air rebusan ayam
- Sup bunjut
- Kiub pati ayam
Cara-cara pembuatan Sup Ayam:
1. Panaskan minyak. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi, kacau hingga garing.
2. Kemudian masukkan sup bunjut dan kacau sebentar. Masukkan kiub ayam dan kacau. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ayam (dari isi ayam yang direbus)
3. Masukkan ayam, bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris pula.
4. Masukkan air seberapa banyak yang diperlukan. Kemudian masukan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan daun sup.
Kredit: Menu Citarasaku
Bahan-bahan Begedil Kentang:
- 6 biji kentang
- Daun sup
- Bawang goreng
- Telur
Cara-cara pembuatan Begedil Kentang:
1. Kupas kulit kentang, kemudian rebus hingga empuk.
2. Setelah siap, lenyek kentang tadi hingga hancur.
3. Masukan garam, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata.
4. Bentukkan kentang tadi dan sedia untuk digoreng.
5. Pukul telur, panaskan minyak.
6. Apabila minyak sudah panas, celupkan begedil yang dibentuk tadi pada telur. dan goreng. Siap!
Bahan-bahan Sambal Kicap:
- 20 biji Cili padi hijau
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar gula pasir
- kicap secukupnya
Cara-cara pembuatan Sambal Kicap:
1. Tumbuk bawang putih hingga lumat.
2. Kemudian tumbuk cili padi hingga lumat. Masukkan gula pula selepas itu dan tumbuk sehingga hancur.
3. Masukkan bahan di atas pada mangkuk dan tuangkan kicap secukupnya. Siap!
Siap untuk di makan, Selamat mencuba!
Kredit: Menu Citarasaku
Kredit: Menu Citarasaku
Selamat Mencuba
Kredit: Menu Citarasaku