resepi sos hijau

Siapa suka makan vietnam roll wajib cuba cicah dengan resepi sos hijau seperti perkongsian oleh Aisyah Humaira ini. Asyik sos merah saja bosan juga kan?

Biasanya di restoran Thai akan didicah dengan Miang Pla Pao (ikan bakar thai). Selain itu, boleh juga menggunakan aneka makanan laut seperti sotong, udang, kerang dan bermacam-macam lagi.

Sos hijau ini juga sesuai dicicah dengan pelbagai kudapan. Rasanya yang lemak berkrim, pedas, masam dan manis pasti akan membuatkan sesiapa saja ketagih!

Baca juga: Nak Jimat Buat Sendiri Je ‘Sos Cili Thai’, Modal RM5 Dapat 3 Botol!

RESEPI SOS HIJAU VIETNAM ROLL

Bahan-bahan:

  • 1 segenggam daun ketumbar bersama akarnya (cuci bersih)
  • 12 biji cili padi hjiau atau mengikut pedas disukai
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Gula kabung Thai secukup rasa(jika tiada boleh guna gula biasa)
  • 1/2 biji limau nipis,perah ambil airnya
  • 2 sudu besar sos ikan atau sckup rasa
  • 3 sudu besar penuh mayonis
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 3 bekas kecil yogurt fernleaf asli (tanpa perisa)

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan diatas hingga sebati.

resepi sos hijau thai

2. Rasa sebelum hidang jika ada terkurang masam manis, bolehlah tambah apa yang perlu. Sos ini mesti ada rasa pedas, berkrim, masam dan manis.

3. Tutup kemas dan simpan di dalam peti bahagian chiller, boleh tahan selama 1 minggu. Selamat mencuba!

resepi sos hijau thai

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Buat Sendiri Sos Keropok Lekor, Resipi Original Dari Terengganu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN