Categories: Resipi

Resepi Som Som Sagu, Ini Rahsianya Jika Nak Hasil Licin Dan Cantik

Peminat pencuci mulut pasti suka jika dapat tahu adanya resepi Som Som Sagu yang sedap dan boleh dibuat sendiri di rumah.

Selain dibuat sebagai pencuci mulut untuk kenduri atau jamuan, ramai peniaga makanan yang menjadikan Som Som Sagu sebagai bahan jualan.

Bukan setakat sedap, malah resepi Som Som Sagu yang dikongsikan oleh Mas Cotek di Facebook ini cukup ringkas caranya. Jom cuba!

Baca juga: Bubur Jagung Sagu, Elak Langkah Ini Supaya Rasa Aslinya Tak Hilang

RESEPI SOM SOM SAGU

Bahan-bahan sagu:

  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara penyediaan sagu:

1. Masak air bersama daun pandan sehingga mendidih atau masukkan pewarna hijau.

2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu, kemudian kacau sehingga pekat jika sagu masih bermata ikan.

3. Tuang sagu ke dalam bekas kecil dan kukus selama 15 minit sehingga sagu jernih, kemudian sejukkan.

*Boleh juga kacau sehingga jernih tanpa perlu dikukus. Saya kukus sebab tak nak lembik sangat.

Bahan-bahan som som:

Cara-cara penyediaan som som:

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan sebatikan.

2. Masak sehingga pekat dan meletup-letup dengan api dapur sederhana. Jangan lupa sentiasa kacau untuk mengelakkan berketul.

3. Tuang adunan ke atas sagu yang telah dibuat dalam bekas kecil tadi, kemudian sejukkan.

Bahan-bahan air gula:

  • 1½ cawan air
  • 4 keping gula kerek atau gula Melaka (boleh guna gula merah)
  • ¼ cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara penyediaan air gula:

1. Satukan semua bahan dalam periuk, kemudian masak dengan api dapur sederhana hingga mendidih

2. Tapis dan sejukkan. Siap untuk digunakan!

Resepi Som Som Sagu ini sangat enak dinikmati sejuk-sejuk, jadi anda disarankan untuk letak dulu di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum memakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Mas Cotek

Baca juga: Resepi Som Som Sagu Gula Melaka, Lembut Bergedik Dan Cukup Manis

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago