Categories: Resipi

Pulut Sekaya Tanpa Tepung, Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan

Pulut sekaya merupakan kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai dari dulu sehingga sekarang.

Resipi di bawah ini bukan saja mudah, malah ia tidak menggunakan tepung gandum. Sesuai buat mereka yang ‘gluten free’.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Salma Ahmad di bawah.

Baca juga: Pulut Kuning Tanpa Santan Lagi Tahan Lama, Ini Cara Membuatnya!

RESEPI PULUT SEKAYA TANPA TEPUNG

Bahan bawah (pulut):

  • Beras pulut secawan (direndam)
  • Santan secukupnya (untuk merendam pulut)
  • Sedikit garam

Bahan kepala (hijau):

  • 1 cawan santan
  • 3/4 cawan gula (boleh kurangkan kepada 1/2 cawan jika tidak suka manis)
  • *1 cawan santan
  • *4 helai daun pandan
  • *Sedikit kulit kayu manis
  • *Sedikit jintan manis

Cara Penyediaan:

  1. Rendam beras pulut dalam santan sehingga tenggelam dan tambah sedikit garam.
  2. Untuk kepala, campurkan 1 cawan santan dan 3/4 cawan gula.
  3. Bahan-bahan yang bertanda * (1 cawan santan, daun pandan, kulit kayu manis, dan jintan manis) dikisar bersama dan ditapis.
  4. Selepas ditapis, masukkan campuran tadi ke dalam blender, tambah 3-4 biji telur dan sedikit pewarna hijau, kemudian kisar sehingga sebati.
  5. Tekan padat pulut yang telah direndam tadi dan biarkan dalam pengukus.
  6. Tuang adunan kepala di atas pulut, tutup dengan aluminium foil dan kukus sehingga masak.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Salma Ahmad

Baca juga: Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur, Kerak Tebal Begini Confirm Berebut!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

10 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

10 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

11 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

15 hours ago