Masakan lemak cukup popular di Negeri Sembilan sampaikan salah satu hidangan iaitu Ikan Keli Masak Lemak menjadi kesukaan ramai orang yang bercuti ke sana.
Antara cara yang sering digunakan ketika menyiapkan hidangan lazat ini adalah dengan menggoreng, membakar atau menyalai ikannya terlebih dahulu.
Walaupun terdapat pelbagai cara, namun ramai yang suka menyalai kerana hanya perlu memasak menggunakan asap dengan api dapur perlahan dan hasil isi ikan jadi lebih lembut.
Kami tahu ramai yang sukakan resipi pantas sewaktu memasak. Oleh itu, anda boleh cuba cara buat Ikan Keli Masak Lemak yang simple daripada Mazs Shaari di Facebook ini.
Baca juga: Ikan Kembung Goreng Berlada, Guna Resipi Pantas Ini Untuk Siapkannya
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Mula-mula, salai ikan dengan menggunakan pemanggang sehingga masak, kemudian ketepikan terlebih dahulu.
2. Kisar atau tumbuk kunyit hidup, cili padi dan bawang merah sehingga lumat.
3. Masukkan air dalam periuk bersama bahan tumbuk tadi, kemudian biarkan mendidih.
4. Selepas itu, masukkan santan, garam, perencah cukup rasa, asam keping dan serai, kemudian biarkan mendidih lagi.
5. Akhir sekali, masukkan ikan keli yang sudah disalai tadi. Siap untuk dihidang!
Apabila nikmatinya, anda akan terkejut dengan hasil kuah yang sangat memikat dan kepedasannya cukup rasa, sampaikan boleh terbayang seperti makan di Negeri Sembilan.
Resipi ini bukan setakat sedap tak terkata, malah caranya sangat ringkas dan sesuai dijadikan bekal ke tempat kerja kerana tak perlu langkah yang banyak.
Manalah tahu tiba-tiba ada tetamu yang nak datang ke rumah tapi anda tiada idea untuk menyediakan hidangan apa, bolehlah buat Ikan Keli Masak Lemak ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Mazs Shaari
Baca juga: Ikan Cencaru Masak Kicap, Cuba Sekali Terus Tak Pandang Lauk Lain
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…