resepi solok lada kelantan

Kalau sebut pasal lauk tradisi Kelantan, antara yang popular ialah resepi solok lada Kelantan. Rasanya  berlemak santan dan penuh dengan inti ikan segar.

Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Yusma Mustafa yang dipelajar dari ibu mentuanya.

Bagi yang pertama kali nak cuba, jom ikut langkah mudah yang beliau kongsikan di bawah ini. Tak guna banyak bahan dan cara masaknya pun ringkas!

Baca juga: Resipi Singgang Daging Kelantan, Kuah Masam Pedas Ini Confirm Buat Tambah Nasi!

RESEPI SOLOK LADA KELANTAN

resepi solok lada kelantan

Bahan-bahan:

  • 10 biji lada solok (buang biji)
  • 5–6 ekor ikan selayang (ambil isi mentah)
  • 3–4 ulas bawang merah
  • Sedikit lada hitam
  • Kelapa parut (2 genggam)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan santan pekat

Cara-cara:

  1. Tumbuk atau kisar isi ikan, bawang merah dan lada hitam hingga lumat.
  2. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa parut.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Sumbatkan bahan inti ke dalam lada solok yang sudah dibuang bijinya.
  5. Susun lada ke dalam periuk, kemudian tuangkan santan pekat.
  6. Rebus sehingga lada agak masak.

Tip: Untuk elakkan lada hangit, boleh alas dasar periuk dengan daun pucuk ubi kayu. Bonusnya, daun ubi tu pun boleh dimakan sekali sebab dah diserap dengan rasa santan dan inti solok. Memang sedap!

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Kerabu Perut Kelantan Paling Padu, Resipi Ini Buat Tekak Rasa Puas Bila Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN