Soft cookies ini sedikit unik kerana tidak rangup seperti biskut biasa. Sebaliknya, ia lembut dan agak sedikit chewy. Bagi yang pertama kali merasa, mungkin akan ingat biskut ini sudah lembik atau lemau.
Jika ada yang perasan, soft cookies ini menjadi makanan viral di laman sosial TikTok sejak beberapa bulan lepas. Oleh itu, orang ramai tidak ketinggalan untuk membelinya.
Namun begitu, harganya boleh tahan mahal juga untuk beberapa keping. Kalau makan satu tak puas pula. Jadi apa kata buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa di bawah.
Baca juga: Resipi Chocolate Chip Cookies Rangup & Berongga, Guna Sukatan Cawan Je!
SOFT COOKIES RANGUP DI LUAR & LEMBUT DI DALAM
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan mentega bergaram (pure butter)
- 1/4 cawan gula kastor
- 1/2 cawan gula perang
- 1 biji telur saiz A/B
- 1 sdk esen vanilla
- 1 ½ cawan tepung gandum (ayak)
- 1 sdb tepung jagung (ayak)
- 1/4 sdk soda bikarbonat
- 1/4 sdk baking powder
- ½ cawan dark chocolate chip & couverture chocolate (boleh lebihkan kalau suka banyak)
Cara-cara:
- Cairkan mentega sehingga bertukar menjadi golden brown. Biarkan sejuk seketika.
- Kemudian masukkan ke dalam bekas bersama gula. Kacau sebati.
- Masukkan pula telur dan esen vanilla. Sebatikan.
- Akhir sekali masukkan tepung. Kacau adunan dan masukkan chocolate chip.
- Simpan dalam chiller selama 10 hingga 15 minit dan boleh bentukkan.
- Boleh juga bentukkan adunan biskut dulu dan baru simpan dalam chiller.
- Selepas 15 minit, bolehlah dibakar dengan suhu 160-170 darjah celsius selama 15-20 minit.
- Boleh bentukkan guna scoop aiskrim yang saiz besar atau timbang doh seberat 50g. Saiz sesuai ini tak besar dan kecil sangat.
- Pastikan guna pure butter sepenuhnya, dark chocolate chip dan couverture chocolate premium untuk rasa yang bila makan akan teringat-ingat.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa
Baca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!