resepi sizzling yee mee

Seorang pengguna laman sesawang Facebook bernama Haerme Abd Rahman berkongsikan resepi sizzling yee mee ala medan selera.

Cara penyediaannya tidak susah mana. Bahan-bahan yang perlu digunakan juga mudah didapati di mana-mana pasar raya.

Kalau dah pandai buat sendiri, sudah tak perlu makan di kedai. Buat sendiri saja di rumah boleh letak inti sebanyak mana yang dimahukan.

Selain itu, anda juga boleh ubah suai rasa dan kepekatan kuah mengikut selera masing-masing. Baru lagi puas hati. Jom cuba!

Baca juga: Buat Sendiri Sosej Homemade Guna Isi Ayam, Bebas Tanpa Pengawet!

RESEPI SIZZLING YEE MEE

Bahan A:

  • Ayam 1/2 ekor potong kecil
  • Halia 1 inci
  • Bawang putih 4 ulas
  • Cili kering 3 tangkai
  • Sos tiram sedap 5 sudu besar

Bahan B:

  • Kicap pekat 2 sudu besar
  • Gula 3 sudu besar
  • Serbuk perasa ayam 2 sudu besar
  • Garam 1 sudu besar
  • Minyak bijan 1 sudu besar
  • Lada sulah 1 sudu kecil
  • Chinese five spice 1/2 sudu kecil

Bahan C:

  • Telur
  • Sayur siap rebus
  • Shitake mushroom

Cara memasak:

1. Tumis halia, bawang putih dan cili kering sampai wangi.

resepi sizzling yee mee

2. Masukkan ayam, tumis sehingga kering airnya.

3. Masukkan campuran sos bahan B tadi dan air yang secukupnya.

4. Masukkan shitake mushroom. Kalau tak ada yang fresh, boleh pakai yang kering. 

resepi sizzling yee mee

5. Akhir sekali perasakan secukupnya. Masukkan tepung jagung untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai.

resepi sizzling yee mee

6. Letak yee mee dalam sizzling plate. Susunkan sayur.

7. Masukkan kuah dan pecahkan telur.

8. Boleh tambah cili potong untuk menambah selera. Selamat mencuba!

resepi sizzling yee mee

Kredit resipi dan gambar: Facebook Haerme Abd Rahman

Baca juga: Jom Buat Sendiri Nasi Arab Bukhari, Sama Sedap Macam Dekat Restoran!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN