Categories: Resipi

Resipi Sira Ubi Kayu, Kuah Kena Pekat Melikat Barulah Lagi Nikmat!

Sira ubi kayu merupakan sejenis pencuci mulut berkuah manis yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia, lebih lagi di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Bahan utama yang diperlukan untuk membuat manisan ini adalah ubi kayu. Pertama sekali, ubi akan direbus dan disira bersama beberapa bahan lain. Kemudian akan dibiarkan mereneh sehingga kuahnya menjadi pekat.

Jika ada yang mahu mencubanya di rumah, mari ikuti perkongsian oleh Puan Tg Khuzanika di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya yang lengkap.

Baca juga: Buat Sendiri Putu Halba Kelantan, Tak Perlu Tunggu Musim Tengkujuh!

RESEPI SIRA UBI KAYU

Bahan-bahan:

  • Ubi kayu
  • Nisan/gula melaka
  • Sedikit garam
  • Daun pandan
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung ubi (bancuh dengan air)

Cara memasak:

1. Rebus ubi kayu. Kuantiti air sama paras dengan ubi. Rebus sehingga empuk. 

2. Apabila ubi sudah empuk, letakkan sedikit garam, gula melaka dan daun pandan.

3. Rebus lagi sehingga bertukar warna, kemudian besarkan api dan pastikan sehingga betul-betul menggelegak.

4. Apabila sudah menggelegak, masukkan bancuhan tepung ubi dan kacau. Kecilkan semula api dan biarkan mereneh.

5. Seterusnya, letakkan gula dan biarkan mereneh lama sehingga pekat.

6. Kalau nak warna lebih gelap, letak sedikit kicap. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Tg Khuzanika, Mahiran Saleh

Baca juga: Resipi Tepung Boko Ubi Kayu Yang Lazat & Lembut Berkrim, Cair Di Mulut!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago