Categories: Resipi

Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cara ‘Pekat’, Makan Tak Ingat Dunia!

Siput sedut masak lemak merupakan salah satu hidangan tradisional yang sangat disukai oleh ramai orang. Bagi penggemar makanan Melayu, hidangan ini bukan sahaja lazat tetapi juga penuh dengan nostalgia.

Resipi siput sedut masak lemak ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang tidak rumit. 

Selain itu, bagi memastikan siput sedut masak lemak anda berkuah pekat dan sedap, ikuti langkah-langkah dalam resipi di bawah.

Baca juga: Tips Cuci Siput Sedut Sehingga Hilang Lumpur & Segala Lendir, Memang Berhasil Lah!

RESIPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

Bahan kisar:

  • 4 batang cili besar
  • 1 labu bawang putih
  • 20 biji bawang merah kecil
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 3 inci kunyit
  • Air secukupnya

Bahan wangian:

  • 4 batang serai
  • 5 keping asam gelugur
  • 4 helai daun kunyit, dimayang halus

Bahan lain:

  • 2 kg siput sedut
  • 1 kotak santan
  • ½ bungkus pucuk manis
  • 350 g ubi keledek, dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu
  • Air secukupnya
  • 4 sudu kecil garam
  • 6 sudu besar gula

Cara penyediaan:

  1. Cuci siput sedut tiga kali dengan air dan gosok satu persatu menggunakan berus atau sabut kelapa. Cuci sekali lagi dengan air bersih.
  2. Potong bahagian bawah (tajam) cengkerang menggunakan pemegang untuk memudahkan sedut dan memastikan air garam mudah masuk ke dalam (atas dan bawah) untuk membersihkan.
  3. Rendam dalam air garam selama 15 minit. Cuci dua kali dengan air bersih sambil menggolekkan siput sedut. Ketepikan.
  4. Sediakan bahan kisar dan ketepikan.
  5. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali tanpa minyak. Tumis selama 5 minit sehingga bahan kisar menjadi panas.
  6. Masukkan bahan wangian dan gaulkan bersama bahan kisar sehingga mendidih.
  7. Masukkan ubi keledek yang telah direbus. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Tambahkan air secukupnya dan masukkan santan. Sentiasa kacau pada api sederhana-kecil untuk mengelakkan lemak atau santan pecah.
  9. Masukkan pucuk manis dan gaul sehingga lembut dan masak. Akhir sekali, masukkan siput sedut dan gaul selama 10 minit.
  10. Tutup api dan hidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Amanda Tan

Baca juga: Siput Sedut Masak Sambal, Sedap Meratah Menu Kampung Ini!

Wan N

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

1 hour ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

6 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

7 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

8 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

8 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

9 hours ago