PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-14 06:19:34
Kek Red Velvet sememangnya merupakan kegemaran ramai, tak hairanlah kalau pergi Secret Recipe pasti kek ini sudah habis terjual. Mulalah rasa kecewa tak tak dapat favourite kek! Betul tak? Ha, apa kata korang cuba buat sendiri di rumah. Kali ini kami bawakan resipi Red Velvet Oreo Cheesecake yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar menerusi Facebook. Sedapnyaaa, mudah pun mudah. Jom cuba!
Bahan-bahan Base:
- 2 bungkus biskut oreo yang telah dikisar (dibuang krimnya)
- ¼ cawan butter (dicairkan)
Cara-carannya:
- Gaulkan oreo yang telah dikisar tadi dengan butter cair sehingga rata.
- Kemudian, tekan padat-padat dalam loyang bulat bersaiz 8 inci yang telah gris dan dialas dengan baking paper.
Kredit: Rosmaliza Omar
- Bakar selama 15 minit pada suhu 160 darjah Celsius. Setelah cukup masak, keluarkan dan biarkan seketika.
Bahan-bahan kek:
- 500g cream cheese
- ½ cawan gula halus
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan yogurt perisa asli
- 2 biji telur gred A
- 15 keping oreo dipatah empat
Kredit: Rosmaliza Omar
Cara-caranya:
- Campurkan cream cheese, gula dan esen vanila dan andunkan. masukkan natural yogurt dan terus mengadun hingga semua bahan sebati dan rata.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan teruskan mengadun. Kemudian masukkan oreo yang telah dipatah empat, kaup balikkan dengan spatula sehingga rata.
Kredit: Rosmaliza Omar
- Selepas itu, bakar secara ‘steam-bake’ selama 45-50 minit pada suhu 150 darjah Celsius.
Kredit: Rosmaliza Omar
- Apabila sudah cukup masak, renggangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan dalam 5 minit. Kemudian, keluarkan kek dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman.
- Hiaskan red velvet oreo cheese cake mengikut kreativiti masing-masing.
Kredit: Rosmaliza Omar
Siap! Mudah saja kan? Selamat mencuba di rumah!