Categories: Resipi

Resipi Siakap Kerabu Mangga, Gabungan Rasa Masam Manis Pasti Terangkat!

Resepi siakap kerabu mangga ini sangat mudah dimasak. Tidak perlu membazir hingga RM40 atau RM50 untuk hidangan ini di kedai, kadang-kadang harganya boleh menjadi lebih mahal.

Dengan modal yang lebih murah, anda tetap boleh menikmati hidangan yang sedap dan menjimatkan. Lebih baik masak sendiri di rumah dengan menggunakan resipi di bawah!

Baca juga: Resipi Ikan Keli Berlada Padu, Ikut Cara Ini Tak Meletup-Letup Bila Goreng!

RESEPI SIAKAP KERABU MANGGA

Bahan-bahan goreng ikan siakap:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu kecil cukup rasa
  • 1 sudu kecil kunyit
  • 1 sudu tepung beras

Cara goreng ikan siakap:

  1. Gaul ikan dengan kunyit, cukup rasa dan tepung beras. Goreng hingga garing.

Bahan sos (bahan A):

  • 5 ulas bawang putih
  • Segenggam udang kering (disangai dahulu)
  • ½ ketul gula melaka
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kecil cukup rasa
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 biji cili padi hijau
  • 2 biji cili padi merah
  • 2 biji limau nipis (jika tak mahu terlalu masam, boleh guna 1 biji sahaja)

Cara penyediaan sos:

  1. Tumbuk kasar semua bahan A kecuali limau nipis. Perahkan limau nipis selepas bahan ditumbuk.

Bahan kerabu (bahan B):

  • 1 biji mangga (disagat)
  • 1 biji lobak merah (disagat)
  • 2 biji tomato (dihiris nipis)
  • 1 ikat daun ketumbar (dihiris)
  • 1 biji bawang holland (dihiris nipis)
  • 1 batang serai (dihiris nipis)
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • 2 batang kacang panjang (ditumbuk)

Bahan hiasan:

Cara penyediaan:

  1. Campurkan bahan A dan bahan B, gaul rata.
  2. Letakkan ikan goreng dalam pinggan.
  3. Tuangkan kerabu mangga di atas ikan.
  4. Hiaskan dengan ikan bilis goreng dan kacang tumbuk.
  5. Siap untuk dihidang!

Sumber: Noor Khadijah

Baca juga: Ikan Bawal Masak Sos Tiram Lada Hitam, Sedapnya Sebijik Macam Mak Masak

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago