Categories: Resipi

Ini Cara Buat Siakap Kengsom Simple Tapi Menjadi, Tak Letak Belacan Pun Sedap!

Kadang-kadang bila tekak teringin lauk berkuah yang pedas dan masam, mesti terbayang masakan ala Thai seperti siakap kengsom. Tapi tak semua orang suka guna belacan sebab alahan atau tak suka dengan baunya itu.

Jangan risau, sebenarnya ada resipi siakap kengsom kengsom tanpa belacan yang tetap sedap dan cukup padu rasanya! Menu ini sesuai untuk yang nak masak cepat tapi tetap nak rasa yang lengkap. Ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Bahan pun tak banyak dan cara masak pun mudah.

Paling menarik, isi ikan siakap kekal lembut dan tak hancur kalau ikut cara yang betul. Ditambah pula dengan kangkung dan perahan limau nipis di akhir masakan, memang membuka selera. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Dori Sweet Sour, Ikan Rangup Disiram Dengan Kuah Masam Manis Yang Padu!

RESEPI SIAKAP KENGSOM TANPA BELACAN

Bahan-bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • Lada (ikut tahap kepedasan masing-masing)

Bahan-bahan lain:

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan hiris sedikit pada badan)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 3–4 hirisan lengkuas
  • 3–4 keping asam keping
  • 1 ketul kecil gula melaka (nisan kerek)
  • Garam secukupnya
  • Sos ikan secukupnya
  • Air secukupnya
  • Kangkung secukupnya
  • 1 biji limau nipis

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kisar hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai, lengkuas dan air secukupnya. Didihkan sehingga naik bau harum.
  3. Setelah kuah mendidih, masukkan asam keping.
  4. Masukkan ikan siakap seekor terus ke dalam kuah. Pastikan ikan telah dihiris sedikit pada badan supaya cepat masak dan kuah meresap.
  5. Tutup periuk dan biarkan ikan masak secara perlahan (seakan ‘bersauna’) sehingga isi ikan lembut dan masak sepenuhnya.
  6. Masukkan gula Melaka untuk seimbangkan rasa masam dan pedas.
  7. Perasakan dengan garam dan sos ikan secukupnya. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur.
  8. Masukkan kangkung dan biarkan layu seketika.
  9. Akhir sekali, perah limau nipis untuk menaikkan lagi rasa masam segar.
  10. Siap dan sedia untuk dihidang!

Resipi siakap kengsom tanpa belacan ini memang pilihan terbaik kalau nak hidangan cepat, ringkas tapi penuh rasa. Kuahnya yang pedas, masam dan sedikit manis memang buat makan bertambah nasi tanpa sedar.

Kalau nak lebih padu, boleh tambah sayur lain atau lebihkan cili ikut selera. Apa pun, resipi ini memang sesuai untuk dijadikan menu harian yang tak pernah jemu. Selamat mencuba!

Sumber: Sakinah Zainal

Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal ‘Melimpah’, Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

6 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

6 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

6 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

7 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

7 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

11 hours ago