Categories: Resipi

Resepi Serunding Ikan Sedap Dan Tahan Lama, Boleh Guna Untuk Buat Karipap Mini!

Hari ini tiba-tiba terfikir nak buat popia mini tapi harus ada inti yang sedap, barulah kena dengan tekak. Oleh itu, anda boleh cuba resepi Serunding Ikan sedap dan mudah ini.

Serunding merupakan sejenis masakan dibuat dengan rempah yang perlu dikacau tanpa henti sehingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan menjadi lebih tahan lama.

Pelbagai jenis serunding yang sering dibuat seperti serunding ayam, daging, ikan bilis, udang dan antara yang menjadi kesukaan ramai ialah Serunding Ikan yang sungguh sedap.

Serunding Ikan adalah sejenis makanan tradisional popular di Malaysia terutamanya di negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia yang mempunyai banyak bekalan ikan segar.

Achik Ekin telah kongsikan resepi Serunding Ikan sedap di Facebook yang cukup menarik untuk dibuat di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Serunding Halia Tak Serap Minyak, Pakai Cara Ini Baru Elok Dan Tak Putus

RESEPI SERUNDING IKAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 2kg bawang besar
  • 2kg bawang merah
  • 3 bag kecil bawang putih (anggaran dalam 17 labu)
  • Ketumbar (anggaran harga RM2)
  • 50 batang serai
  • Halia (saiz sebesar tapak tangan)
  • Lengkuas (saiz sebesar tapak tangan)
  • Lada kering (anggaran harga RM3)
  • 10kg ikan rebus (ikan selayang atau sardin)
  • 3 sudu kecil garam
  • 1kg lebih gula
  • Ajinomoto (agak-agak saja)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula kisar semua bahan dan tumis seperti biasa.

2. Apabila agak-agak sudah kering air, boleh masukkan garam, gula dan ajinomoto.

3. Selepas itu, kacau jangan berhenti.

4. Apabila sudah kering, perlahankan api dan terus kacau sampai kering (masa ni guna tenaga sedikit sebab semua bahan sudah sebati).

5. Setelah siap semuanya, tunggu sejuk dahulu sebelum kisar kering supaya halus dan cantik. Siap untuk digunakan!

Resepi Serunding Ikan sedap ini sesuai digunakan sebagai inti untuk karipap atau popia mini. Gabungan rasa manis ikan bersama karipap atau popia mini yang rangup cukup mengundang selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Achik Ekin

Baca juga: Cara Masak Sambal Ronggeng Yang Rangup Kruk Krap, Boleh Tahan Lebih 3 Bulan!

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Satay Bhalut Yang Sedang Viral, Rangup Dan ‘Juicy’ Di Dalam

Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…

4 hours ago

Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya

Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…

4 hours ago

Koktel Buah Segar Dan Kurang Manis, Boleh Buat Di Rumah Sepantas ABC!

Apabila cuaca panas, tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu supaya badan segar. Jika begitu, kami…

5 hours ago

Nasi Ambeng Johor Versi Cepat Siap, Resipi Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan

Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…

8 hours ago

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

1 day ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

1 day ago