Categories: Resipi

Resipi Sambal Kicap Mentah Yang Padu, Sampai Ketagih Nak Cicah Hari-Hari!

Sambal kicap mentah ini memang sedap jika menikmati hidangan seperti ikan goreng, ayam goreng atau telur goreng.

Selain itu, sambal kicap mentah ini istimewa dengan rasa unik yang berbeza, boleh dicicah atau disiram atas hidangan mengikut selera.

Ia boleh dicicah begitu sahaja atau disiram terus ke atas hidangan, mengikut cita rasa masing-masing.

Walaupun ringkas, sambal ini sangat sedap dan pasti buat anda ketagih. Tak perlu lauk lain, sambal ini dah cukup memikat selera.

Baca juga: Cara Buat Sos Pencicah Serba Guna, Makan Dengan Apa Pun Pasti Sedap!

CARA BUAT SAMBAL KICAP MENTAH

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih (dicincang halus)*
  • Cili merah*
  • Cili hijau*
  • Tomato (dipotong dadu)*
  • Kicap manis
  • Minyak bijan
  • Garam
  • Gula merah
  • Sedikit minyak yang telah digunakan untuk menggoreng (guna sisa minyak goreng ikan)
  • Limau nipis

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan yang bertanda (*) iaitu bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau dan tomato.
  2. Tambahkan kicap manis, garam, gula merah dan minyak bijan. Gaulkan semua bahan sehingga bercampur dengan rata.
  3. Selepas itu, masukkan sedikit minyak goreng dan perahkan limau nipis.
  4. Gaul lagi sehingga semuanya sebati dan sambal kicap mentah ini sedia untuk dihidangkan.
  5. Mudah saja nak buat. Walaupun ringkas tapi memang padu bila dah makan.
  6. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zana Mokhtar

Baca juga: Resipi Kuah Kacang Cicah Cucur Udang, Cara Sangat Ringkas & Senang!

Wan N

Recent Posts

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

48 minutes ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

57 minutes ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

2 hours ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

17 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

17 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

17 hours ago