
Pernah teringin nak buat garlic bread sendiri di rumah? Jom cuba resepi garlic bread yang mudah dan hasilnya memang wangi semerbak. Tak perlu beli di kedai, dengan beberapa bahan saja anda dah boleh hasilkan garlic spread sendiri yang sedap.
Garlic bread ini memang sesuai dimakan bila-bila masa, sama ada untuk sarapan, minum petang ataupun dijadikan side dish ala western. Lagi padu kalau dicicah dengan sup cendawan panas. Confirm sekali cuba, asyik nak ulang buat!
Baca juga: Cara Buat Sup Cendawan Pekat, Lazat & Rasa Berlemak, Hirup Sampai Licin!
RESEPI GARLIC BREAD YANG SANGAT WANGI

Bahan-bahan:
- 2 labu bawang putih (dicincang halus)
- 2 sudu besar mixed herbs
- Marjerin
- Secubit garam bukit (jika mahu rasa sedikit masin)
Cara penyediaan:
- Panaskan 1 sudu besar marjerin dengan api perlahan.
- Masukkan bawang putih cincang, kacau hingga naik bau dan sedikit garing.
- Tambahkan 2 sudu besar mixed herbs, kacau sebati hingga naik bau, kemudian tutup api. Biarkan sejuk.
- Dalam mangkuk, masukkan 9 sudu besar marjerin. Tambah bawang putih dan mixed herbs yang sudah sejuk tadi, gaul rata.
- Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan bila-bila masa.
Cara hidangan:
- Sapu nipis garlic spread pada roti wheat bran atau apa-apa jenis roti pilihan.
- Bakar atas pan non-stick sehingga garing.
- Sedia untuk dimakan, lagi sedap kalau dicicah dengan sup panas!
Sumber: Afy AL Habibi
Baca juga: Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Paling Mudah, Tak Sampai 10 Minit Sudah Siap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














